Singapura beri amaran - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Singapura beri amaran

Perhimpunan lebih 5 orang tidak dibenarkan ketika Sidang Asean

SINGAPURA: Singapura mengekalkan pendirian melaksanakan undang-undang tegasnya yang melarang bantahan umum ketika pemimpin serantau bermesyuarat di republik itu minggu depan, kata polis, semalam.

Mengadakan perhimpunan awam melebihi lima orang atau lebih tanpa mendapat permit adalah haram di Singapura di mana demonstrasi juga jarang diadakan di negara itu.

Bermula Ahad ini, Singapura akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak tahunan dan mesyuarat berkaitan dengan Asean.

Mesyuarat tahun ini berlangsung ketika tindakan tegas yang dikenakan Myanmar yang juga ahli Asean terhadap penunjuk perasaan anti kerajaan di negara itu yang mencetuskan demonstrasi bantahan umum yang diadakan di seluruh dunia.

"Orang ramai yang datang ke Singapura dikehendaki mematuhi undang-undang seperti rakyat Singapura yang lain," kata pengarah operasi polis, Wong Hong Kuan kepada pemberita.

Ditanya sama ada polis mengetahui sebarang rancangan rakyat asing untuk mengadakan demonstrasi, Wong berkata hanya cubaan bantahan dilakukan di negara lain.

"Pasukan polis bersiap sedia untuk berhadapan dengan sebarang isu keselamatan yang mungkin berbangkit," kata Wong.

Ketika mesyuarat sidang kemuncak Asean pada Januari lalu di Cebu, Filipina, pasukan polis anti rusuhan berhadapan dengan beratus-ratus penunjuk perasaan.

Sepuluh negara anggota Asean termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Fillipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pihak berkuasa Singapura mungkin memberi amaran kepada pihak yang merancang protes anti-Myanmar, antara isu panas di kalangan negara Asia Tenggara baru-baru ini.

Singapura memberitahu ia akan menyambut baik kedatangan Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Thein Sein dalam sidang Asean minggu depan.

Kementerian Luarnya mengeluarkan kenyataan itu selepas satu lawatan ringkas ke Myanmar oleh Menteri Kanan Negara Bagi Hal Ehwal Luar, Zainul Abidin Rasheed.

Katanya, Zainul tiba di Myanmar, Selasa lalu, bagi memberi taklimat kepada Thein Sein mengenai persediaan menganjurkan sidang Asean serta 'isu berkaitan.' Singapura adalah pengerusi Asean ketika ini. � AFP
0 Komentar untuk "Singapura beri amaran"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI