YANGON: Pemerintah tentera Myanmar memulakan lelongan batu permata dengan harapan akan menarik 2,000 pembeli asing dan memperoleh pulangan sehingga £150 juta (RM1.05 bilion), lapor akhbar The Telegraph.
Lelongan itu dibuat ketika jeneral Myanmar terus tidak mengendahkan desakan antarabangsa melakukan reformasi berikutan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi. Tiga aktivis ditahan kelmarin ketika mengedarkan risalah di sebuah pasar di Yangon.
Industri batu permata dikawal ketat oleh pemerintah junta dan sekutu mereka. Myanmar mengeluarkan lebih 90 peratus batu delima di dunia, hampir semua jed - yang amat dihargai di China - dan lambakan nilam dan barang kemas lain.
Tentera, kadang kadang merampas batu permata terbaik, dan kawasan perlombongan terbaik, dan menggunakan buruh paksa untuk bekerja. Semua perniagaan batu pertama di Myanmar mempunyai kaitan dengan kerajaan.
Sejak beberapa tahun ini, junta meningkatkan kekerapan jualan sumber pendapatan ketiga terbesar negara itu selepas gas asli dan kayu jati. "Hakikat bahawa ini adalah lelongan kelima tahun ini menunjukkan junta benar-benar terdesak mendapatkan wang," kata penganalisis Myanmar yang hidup dalam buangan di Thailand, Aung Naing Oo.
Batu permata pelbagai warna berasal dari Myanmar dan dipotong di negara ketiga seperti Thailand dan India sebelum dipasarkan di Barat
Walaupun segera mengutuk tindakan ganas ke atas aktivis dan sami di Myanmar, Kesatuan Eropah atau Amerika Syarikat mengharamkan import batu pertama negara itu. Lelongan terakhir diadakan di Yangon Julai lalu. � Agensi
0 Komentar untuk "Yangon lelong batu permata dilelong"