http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
SAYA dapati dalam sejarah, harta zakat akan dimasukkan ke dalam sebuah perbendaharaan negara dinamakan sebagai baitulmal. Walau bagaimanapun, amalan di Malaysia khususnya, saya melihat wujud dua institusi yang berbeza, iaitu institusi zakat dan institusi baitulmal. Maka, bolehkah diberikan penjelasan mengenai kedua-dua institusi ini agar umat Islam memahami mengenainya?
JAWAPAN
Terima kasih kerana mahu mengajukan persoalan dan mudah-mudahan jawapan yang disajikan ini mampu memberikan pencerahan mengenai kewujudan dua buah institusi penting dalam negara Islam ini.
Apakah baitulmal? Secara mudahnya, baitulmal diterjemahkan sebagai tempat menyimpan pelbagai jenis harta negara Islam. Dalam definisi lebih tepat, baitulmal adalah institusi harta dan kewangan induk dalam sesebuah negara Islam. Harta yang terkumpul di dalamnya merupakan khazanah yang dimiliki oleh semua rakyat yang tinggal dan menetap di bawah naungan sesebuah kerajaan Islam berkenaan (rujuk Dr. Hailani Muji Tahir, kertas kerja Baitulmal dalam Prosiding Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009).
Apakah pula institusi zakat? Secara umumnya, institusi zakat adalah sebuah badan pengurus zakat yang dilantik oleh sesebuah pemerintah Islam di sesebuah negeri atau negara berkenaan yang akan menata kelola hal ehwal kutipan dan agihan zakat serta segala yang berkaitan dengan asnaf zakat. Dalam kalimah yang lain, institusi zakat juga dikenali sebagai institusi amil. Di Malaysia ia dikenali sebagai pusat zakat, lembaga zakat atau di sesetengah negara ia dikenali lembaga amil zakat.
Apakah sumber yang memasukkan dana dan harta ke dalam baitulmal? Maka, di sini sumber yang dimasukkan dalam baitulmal hakikatnya terdiri daripada dua jenis, iaitu harta khas dan harta am. Harta khas adalah zakat (zakat harta dan zakat fitrah) dan harta am terbahagi pula kepada beberapa jenis, iaitu:
*Harta am kerajaan seperti fai' (rampasan setelah musuh menyerah diri), ghanimah (rampasan perang), ma'adin (galian berharga seperti petroleum) dan rikaz (harta karun atau berhala milik jahiliah)
*Harta percukaian seperti kharaj (cukai tanah), 'usyur (perdagangan), jizyah (individu), sulh al-jizyah (perlindungan) dan lain-lain bentuk cukai kerajaan
*Harta kebajikan, iaitu harta wakaf, pewarisan, wasiat, nazar, kaffarat (denda), sadaqah, luqatah (jumpaan) dan lain-lain
Manakala daripada aspek masukan sumber dana dan harta ke dalam institusi zakat, maka ia hanyalah tertakluk kepada harta-harta zakat, seperti zakat emas, perak, pertanian, penternakan, galian, perniagaan, pendapatan dan sebagainya lagi serta termasuklah juga di dalamnya pembayaran daripada zakat fitrah.
Siapakah pula penerima atau orang yang berhak menerima manfaat baitulmal? Maka, seperti yang telah dijelaskan, baitulmal adalah hak milik negara Islam. Maka seluruh rakyat di dalam negara berkenaan termasuklah orang-orang bukan Islam yang mendiami negara berkenaan layak menerima manfaat daripada harta baitulmal.
Dalam kes ini, ia bermaksud penggunaan dana baitulmal adalah meluas dan mencakupi pelbagai manfaat dan kebajikan umum serta pembangunan fizikal negara.
Oleh itu, dana baitulmal boleh digunakan untuk membina masjid, jalan raya, sekolah, menyelenggara keperluan kesihatan, pendidikan dan sebagainya lagi, termasuklah menyediakan kelengkapan peperangan dan pertahanan negara.
Manakala, penerima atau golongan yang berhak kepada harta zakat (disebut mustahiq atau asnaf zakat) itu sudahpun tertentu. Lapan golongan seperti mana yang dinyatakan oleh Allah SWT secara jelas di dalam al-Quran, surah at-Taubah ayat 60, iaitu fakir, miskin, amil (pengurus zakat), mualaf (saudara baru yang baharu memeluk Islam dan ada keinginan memeluk Islam), riqab (hamba yang ditawarkan tebusan), gharimin (orang berhutang), fisabilillah (peperangan dan segala jenis usaha ke arah mendekatkan diri kepada Allah) dan ibnu sabil (pemusafir yang keputusan belanja
0 Komentar untuk "Perbezaan pusat zakat dengan baitulmal"