Lucah: Singapura haram video Xbox - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Lucah: Singapura haram video Xbox

SINGAPURA 15 Nov. – Kerajaan Singapura hari ini mengharamkan jualan permainan video Xbox yang memaparkan hubungan intim antara dua watak perempuan.

Menurut Lembaga Penapisan Filem (BFC), permainan video bertajuk Mass Effect yang mengisahkan pengembaraan masa depan ke angkasa itu turut mengandungi adegan hubungan sejenis.

BFC merupakan badan pemantau media di bawah Penguasa Pembangunan Media negara ini.

“Menurut peraturan, permainan video yang dijual di negara ini mestilah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi, pendedahan seks bebas, keganasan dan menyentuh isu agama atau perkauman,” tegas kenyataan BFC.

Mass Effect akan dilancarkan pada minggu depan.

Syarikat pengeluar Microsoft ketika dihubungi berkata, mereka menghormati keputusan Singapura.

“Kami patuh kepada undang-undang, kawalan dan norma-norma masyarakat di tempat pasaran kami beroperasi,” kata jurucakap syarikat itu.

– AFP

0 Komentar untuk "Lucah: Singapura haram video Xbox"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI