Pemimpin Khmer Rouge tunggu waran mahkamah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemimpin Khmer Rouge tunggu waran mahkamah

PHNOM PENH: Pemimpin Khmer Rouge, Khieu Samphan, tidak akan menyerah diri secara sukarela kepada tribunal pembunuhan beramai-ramai, kata isterinya semalam berikutan spekulasi bahawa bekas ketua regim terbabit itu akan ditahan tidak lama lagi.

"Dia akan ke tribunal jika ada perintah, bila ada waran," kata isteri Sor Socheat kepada AFP, sehari selepas dua ahli dalaman rejim ditahan secara rasmi oleh tribunal.

Bekas Menteri Luar, Ieng Sary dan isterinya, Bekas Menteri Hal Ehwal Sosial, Ieng Thirith secara rasmi ditahan mahkamah lewat Rabu lalu selepas dibawa mengadap mahkamah tribunal buat pertama kalinya.


Pasangan berkenaan ditahan di rumah mereka di Phnom Penh Isnin lalu dan didakwa dengan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan menjadikan sudah empat pemimpin tertinggi bekas regim itu dibawa ke mahkamah.

Nuon Chea dan ketua penjara Duch ditahan tribunal awal tahun ini.

Tiada maklumat dikeluarkan mengenai perbicaraan kelmarin yang menentukan sama ada mereka mempunyai bukti yang cukup untuk terus menahan Ieng Sary dan Ieng Thirith.



Kedua mereka didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai ketika pemerintahan Khmer Rouge pada 1975-179 di Kemboja tetapi keduanya menafikan terbabit dalam jenayah rejim terbabit.

Khieu Samphan, pemimpin kanan kelima rejim masih berada di luar tahanan tribunal semalam mendapat rawatan perubatan di Hospital Calmette, Phnom Penh. Dia dimasukkan ke hospital kelmarin selepas Perdana Menteri, Hun Sen mengarahkan beliau keluar dari rumahnya di kubu kuat bekas pemisah Pailin di barat laut Kemboja bagi mendapatkan rawatan di ibu negara.

Perdana menteri berkata, pada masa berkenaan beliau bimbang kerajaan akan disalahkan terhadap kematian Kheiu Samphan yang mengalami masalah tekanan darah malam Selasa lalu. � AFP

0 Komentar untuk "Pemimpin Khmer Rouge tunggu waran mahkamah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI