Pendekatan 4S panduan capai rasuah sifar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pendekatan 4S panduan capai rasuah sifar

Oleh Prof Madya Dr Rusinah Siron

BERITA penahanan beberapa kakitangan perkhidmatan awam yang dikaitkan dengan tuduhan salah guna dana dan menjurus kepada elemen rasuah menjadi paparan menarik. Berita itu menjadi perhatian umum kerana ia berkaitan dengan kepercayaan masyarakat terhadap integriti perkhidmatan awam.

Satu kajian rambang penulis ke atas 175 pekerja lelaki dan wanita dalam sektor awam dan swasta dengan peringkat usia responden di antara 28 dan 49 tahun dan pelbagai peringkat jawatan iaitu daripada pentadbiran bawahan hingga ke pengurusan pertengahan.

Kajian bertajuk "Amalan dan Praktik Etika Kerja Dalam Organisasi" dijalankan pada Disember 2006 � Mei 2007 bertujuan mengenal pasti elemen dalam budaya kerja yang diterima pakai untuk menjadi amalan dan praktik dalam organisasi. Pelbagai soalan berkaitan objektif kajian dikemukakan dan salah satu daripada bahagian soalan dalam kajian itu yang ada kaitan dengan elemen budaya rasuah, iaitu:

Soalan 1: Adakah anda akan menerima �sagu hati� yang diberikan pelanggan atau mereka yang berurusan dengan anda sebagai tanda terima kasih mereka di atas perkhidmatan yang anda berikan?

# 35 peratus mengatakan menerima �sagu hati� itu jika kurang daripada RM100.

# 25 peratus mengatakan tidak pasti sama ada akan menerimanya kerana takut dengan tindakan yang diterima daripada pihak pengurusan.

# 20 peratus sanggup menerima sagu hati itu jika pihak pemberi tahu menjaga kerahsiaan daripada pemberian itu kerana menganggap rezeki tidak patut ditolak.

# 30 peratus mengatakan tidak akan menerima apa juga bentuk sagu hati daripada pelanggan kerana prinsip mereka untuk bekerja dengan bersih dan amanah.

Daripada hasil kajian itu, 70 peratus responden menunjukkan potensi untuk terbabit dengan amalan dan praktik rasuah dalam organisasi. Keadaan ini agak membimbangkan dan perlu dilihat secara rasional oleh pihak pentadbiran organisasi awam dan swasta cara membendung amalan dan praktik rasuah dalam organisasi.

Soalan 2: Apakah bentuk sagu hati yang menarik perhatian anda untuk menerimanya daripada pelanggan atau mereka yang berurusan dengan anda?

# 25 peratus mengatakan hamper makanan, pakaian dan barang mainan anak.

# 45 peratus mengatakan set meja makan atau bilik tidur serta keperluan barang rumah tangga seperti pinggan mangkuk, alatan dapur dan rumah tangga.

# 20 peratus mengatakan pakej percutian dan pelancongan dalam dan luar negara.

# 10 peratus mengatakan pemberian dalam bentuk saham, simpanan di bank atau pengubahsuaian rumah, pendahuluan kereta dan bayaran ansuran rumah.

Daripada hasil keputusan itu menunjukkan bahawa kehendak dan keperluan hidup masa kini yang terdedah dengan aspek material menjadi tarikan kepada responden untuk menerima amalan rasuah dalam kehidupan. Keadaan ini agak membimbangkan kerana kecenderungan untuk menerima rasuah adalah tinggi disebabkan tuntutan hidup yang semakin mendesak.

Bukan mudah membendung budaya rasuah dalam organisasi, tetapi tidak juga susah untuk menghalang virus rasuah daripada terus merebak dan menjadi penyakit kepada pentadbiran organisasi. Pendekatan 4S boleh dijadikan panduan dalam usaha untuk menjadikan pentadbiran organisasi bersih daripada rasuah.

# Sapu � Pelbagai peringkat dalam organisasi perlu menanamkan sikap bersih, cekap dan amanah dengan mengambil sikap menyapu dan membersihkan suasana persekitaran organisasi daripada budaya memberi dan menerima yang boleh menjurus kepada amalan dan praktik rasuah.

Sikap 'You tolong I, dan I tolong you' perlulah disapu bersih daripada menjadi amalan organisasi, terutama membabitkan masyarakat luar. Sesuatu tugas yang hendak atau yang sudah dijalankan itu perlulah berteraskan kepada sistem kerja yang telus dan menjadi teras kepada etika perkhidmatan awam.

Dengan menyapu bersih amalan dan praktik kerja tidak beretika, segala kepincangan dalam organisasi, amalan dan budaya rasuah akan dapat dibersihkan dalam organisasi.

# Siasat � Tindakan yang sistematik perlu dilakukan bagi membersihkan pengurusan organisasi daripada amalan rasuah baik kecil apatah lagi besar. Jika ada keraguan munasabah mengenai tindakan dan gerakan seseorang dalam organisasi, ambillah tindakan drastik dengan membuat siasatan terperinci dan sistematik agar keputusan selepas penyiasatan tidak menyakiti mana-mana pihak.

Sistem siasatan dalaman boleh dijalankan secara terperinci dengan intergriti yang tinggi tanpa ada apa-apa kepentingan ke atas individu disiasat. Semua kakitangan perlulah dimaklumkan mengenai aspek rasuah dalam organisasi agar semua kakitangan berhati-hati dalam memberi atau menerima insentif daripada orang di dalam dan di luar organisasi.

# Sisih � Dalam usaha untuk membentuk budaya kerja yang bersih daripada rasuah, semua warga kerja perlu bersatu hati dan bekerja dalam pasukan kerja yang menerapkan nilai kerja yang positif, aktif, proaktif dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi. Sebagai satu pasukan kerja, setiap warga kerja perlulah saling memerhati, nasihat menasihati dan menjejaki rakan kerja yang disyaki terbabit dalam rasuah dengan pelbagai tindakan berhemah.

Jika nasihat kepada individu yang terbabit dengan rasuah itu tidak diterima individu berkaitan, rakan sekerja boleh membuat tindakan dengan menyisihkan rakan sekerja yang terbabit dengan aktiviti rasuah. Mungkin dengan penyisihan daripada rakan sekerja menjadikan mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan.

# Singkir � Selepas siasatan dijalankan dengan sistematik dan terperinci dan ada elemen yang diyakini bahawa individu terbabit ada kaitan dengan unsur rasuah, maka tindakan seterusnya adalah penyingkiran secara berhemah atau beretika mengikut lunas undang-undang perkhidmatan dan perjawatan.

Penyingkiran boleh dilakukan dengan memindahkan individu itu ke jabatan yang rendah risiko rasuah atau meminta individu itu ketika kesnya akan dibawa ke pihak berkaitan, atau diminta meletakkan jawatan dan akhirnya jika tidak ada jalan penyelesaian dalam kes rasuah itu, individu berkaitan boleh didakwa ke mahkamah.

Tugas membersihkan budaya rasuah dalam pentadbiran organisasi bukan kerja individu, tetapi tugas dan amanah semua pekerja yang perlu menjalankan tugas iaitu memerhati, mendekati, menjejaki, menasihati dan melapor akan tindakan mereka disyaki berpotensi terbabit dalam rasuah.

Penulis adalah pensyarah Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan, Uniten
0 Komentar untuk "Pendekatan 4S panduan capai rasuah sifar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI