‘Beri peluang pada Pervez’ -- Majoriti sudah bosan taktik tamak pihak pembangkang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‘Beri peluang pada Pervez’ -- Majoriti sudah bosan taktik tamak pihak pembangkang


Beberapa orang penyokong Benazir Bhutto ditahan oleh pihak polis selepas mereka mengadakan tunjuk perasaan anti-Pervez di Karachi, semalam. – Reuters.

ISLAMABAD 15 Nov. – Majoriti rakyat Pakistan sudah bosan dengan pergolakan politik negara ini dan tidak lagi bersimpati terhadap pemimpin pembangkang yang menentang perintah darurat.

Tinjauan pendapat tidak rasmi mendapati, rakyat mengesyaki tokoh-tokoh seperti bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto bertindak sedemikian kerana mereka tamak kuasa.

Ramai yang ditanya oleh AFP mendakwa pembangkang cuba memperdayakan rakyat supaya mereka dapat kembali memerintah.

Walaupun dibuat secara spontan, tinjauan itu sedikit sebanyak menggambarkan sentimen rakyat berhubung krisis yang meletus apabila Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat pada 3 November lalu.

Kebanyakan responden mahu Pervez diberi peluang mengadakan pilihan raya dan melengkapkan fasa ketiga peralihan kepada demokrasi.

“Semoga dijauhkan Tuhan, kerana jika mereka kembali berkuasa, mereka akan berbalah sesama sendiri mengenai bahagian mereka dalam kerajaan dan menjerumuskan negara ini ke dalam krisis baru,” kata ahli perniagaan dari Karachi, Aamir Hussain, 35.

Dia menegaskan, parti-parti pembangkang utama pernah mengetuai kerajaan pada masa lalu tetapi mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara ini kecuali huru-hara dan kacau-bilau.

Bukan Aamir sahaja yang berpandangan demikian kerana seorang lagi responden, Rana Bashir Ahmad, 50, menganggap parti-parti pembangkang tidak jujur.

“Mereka pentingkan diri dan tidak peduli golongan miskin,” katanya.

Seorang peniaga di Garison, Rawalpindi, Syed Naeem, 44, berkata, pembangkang hanya mahukan kuasa semata-mata.

“Mereka tamak dan kerana itu Pervez dapat mengatur langkah dengan licik,” kata seorang jurutera di Peshawar, Israr Ahmad.

– AFP

0 Komentar untuk "‘Beri peluang pada Pervez’ -- Majoriti sudah bosan taktik tamak pihak pembangkang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI