Pemanasan global: Indonesia hilang 23 pulau - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemanasan global: Indonesia hilang 23 pulau

JAKARTA 15 Nov. – Akibat pemanasan global, sekurang-kurangnya 23 buah pulau tidak berpenduduk di Indonesia telah tenggelam dan hilang, menurut seorang pakar alam sekitar tempatan, Profesor Dr. Emil Salim.

Beliau khuatir lebih banyak pulau termasuk yang didiami manusia juga akan tenggelam akibat pemanasan global berterusan menjelang 2025.

Katanya, Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 buah pulau itu, bagaimanapun masih berpeluang dan mempunyai masa yang cukup untuk menghindari fenomena alam itu.

“Cara yang paling mudah ialah dengan menyelamatkan hutan untuk menghadapi buruknya kesan pemanasan global yang kini melanda seluruh dunia,” katanya.

– Bernama

0 Komentar untuk "Pemanasan global: Indonesia hilang 23 pulau"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI