AWANG selalu percaya tiada yang mustahil jika kita serius dan bersungguh-sungguh mahu berjaya termasuk dalam menangani jenayah.
Buktinya, kadar jenayah di Sarawak berjaya diturunkan 8.8 peratus sejak Ops Cantas Kenyalang dilancarkan di negeri itu Mac lepas.
Kejayaan tersebut dicapai tidak sampai lapan bulan.Yang lebih melegakan ialah kes gengsterisme dan ugutan perniagaan yang sebelum ini membelenggu keadaan di Sarawak telah banyak dikurangkan.
Persepsi pihak tertentu bahawa jenayah itu tidak boleh ditangani apatah lagi dikurangkan, ternyata meleset.
Maka Awang mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan pasukan polis atas kejayaan tersebut.
Atas keyakinan yang sama juga, kita berharap usaha mengurangkan kadar jenayah di negara ini dapat diperhebatkan.
Ini meliputi gejala gengsterisme yang melibatkan kelompok tertentu seperti di Klang dan sekitarnya, pecah rumah dan jenayah melibatkan warga asing.
Begitu juga dengan kegiatan mat rempit yang masih gagal dilumpuhkan meskipun banyak usaha dilakukan.
Awang – Belum puas hati.
0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"