PENGENALAN UNIT AMANAH - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PENGENALAN UNIT AMANAH



1) Terbuka kepada umum, ini bermaksud pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh menyertai pelaburan ini;
2) Punya profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
3) Harga seunit sahamnya berubah-ubah dari semasa ke semasa. Misal kata, untuk hari ini harga jualan saham seunit adalah RM1.19 dan mungkin keesokkan harinya RM1.17 seunit. Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian dan penjualan unit saham. Secara teorinya, seorang pelabur harus membeli (menyimpan) apabila harga jualan seunit yang ditawarkan adalah rendah/murah. Contohnya, menyimpan/membeli apabila harga seunit saham yang dijual oleh pihak unit amanah adalah RM0.56. Manakala, menjual/mengeluarkan unit saham yang ada apabila harga saham yang dibeli adalah tinggi/naik. Contohnya, pihak unit amanah membeli unit saham kita sekitar RM1.09 untuk seunit.
4) Berdasarkan pada prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan bagi Unit Amanah Saham Swasta adalah sekitar >12% ke atas.
5) Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di Public Mutual mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 5.5% dan yuran tahunan (annual fee) sekitar 1.5%.
Jadi, sebagai seorang pelabur. Kita harus tahu bahawa setiap pelaburan itu pasti mempunyai risikonya. Berbanding dengan ASB, risikonya tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah tinggi berbanding dengan Unit Amanah Saham Swasta(unit trust) yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.
Pelabur di Unit Amanah Saham Swasta harus bijak memilih dan seterusnya melabur di dalam dana yang mempunyai profail risiko yang bersesuaian dengan tahap keupayaan seseorang pelabur. Dan yang paling penting di sini, bahawa para pelabur harus ingat bahawa prestasi masa lepas untuk sesuatu pelaburan bukanlah satu jaminan untuk prestasi masa hadapan.
NOTA:  Informasi di atas disediakan untuk memahami perbezaan di antara Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah Swasta.



1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile moderate (sederhana) dan baru mencuba untuk melabur dalam intsrumen pelaburan yang lebih menguntungkan drp ASB, EPF, Tabung Haji and etc.
2) Sesuai untuk pelabur yang sabar dan mempunyai matlamat keuntungan jangkamasa panjang.
3) Sesuai untuk sesiapa sahaja kerana minimum pelaburan adalah RM1,000 sahaja.
4) Minimum keuntungan setahun berdasarkan prestasi dana ekuiti sekitar 8-12%. Tetapi sekiranya anda masuk pada harga rendah dan market sedang mencanak naik, keuntungan boleh BANYAK lagi. Cthnya saya pernah monitor prestasi satu dana Islamik selama 8 bulan (Nov 2008-July 2009), keuntungan dalam 30%. Dalam masa yang sama juga saya suka-suka monitor satu dana conventional, keuntungan dalam 80%! Unit trust adalah moderate risk, so moderate return compared with pelaburan saham.
5) Apabila anda membeli unit trust, anda membeli dana (fund), bukannya satu saham. Anda bukan pemilik syarikat tersebut dan tiada kuasa mengundi. Satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham eikuiti dan juga bond/money market daripada syarikat2 lain. Contohnya dengan membeli dana A, anda membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM (telekomunikasi), TNB (electricity), IOI (plantation), Nestle (consumer products) dan sebagainya. Oleh itu risikonya adalah moderate kerana mempunyai pelbagai portfolio. Sekiranya salah satu company ini mengalami kesukaran, prestasi company2 lain boleh menampung sebarang perubahan harga. Pernah terjadi Syarikat besar XYZ rugi berbillion sebab Projek XXX mereka tergendala (alaaa…yang jadi tahun 2010 ni, sampai tukar management). Tetapi dana yang company ni terlibat langsung tak terjejas.
6) Harga berubah setiap hari, tetapi perubahan hanya berapa sen jer...selalunya 2 digit terakhir. Harga setiap hari tersebut adalah purata harga bersih berpuluh saham di dalam dana tersebut. Dalam erti kata lain, volatile (harga naik turun)…tetapi tak se-volatile saham yang berubah setiap minit. Keuntungan boleh dilihat dalam masa lebih kurang 3-6 bulan (kalau masa beli market baru tgh naik dan naik) atau 3 tahun ke atas (kalau market tgh turun naik dan anda mengaplikasikan strategy switching atau top-up/DCA)
7) Anda boleh mengupah consultant atau melabur sendiri. Tetapi jika melabur sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan tentang unit trust dan strategy melabur. Terdapat pelbagai jenis dana. Yang paling penting kena ada masa jugak untuk monitor harga dana.
8) Anda boleh monitor harga dan melihat past performance untuk benchmark secara percuma. Tetapi untuk software2 lain lebih canggih dan mudah, hanya consultant sahaja boleh beli dan pakai.
9) Anda boleh beli dan jual sesuka hati. Boleh beli selagi fund size belum penuh dan belum tutup dan jual anytime kerana company (Public Mutual) akan beli dari anda. Tidak perlu buyer atau seller.
10) Ada charges seperti investment fees (pelaburan cash ekuiti 5.5%) dan management fees (1.5%).
11) Unit trust juga menguntungkan apabila anda melabur untuk long term, 5 tahun ke atas. Semakin lama semakin kurang risiko (hingga 0% risiko kerugian) dan keuntungan bertambah. Selain capital gain, keuntungan juga boleh diperolehi melalui dividend.
12) Unit trust juga boleh jadi jutawan, tetapi bergantung pada jumlah pelaburan anda dan selama mana anda boleh commit untuk melabur.

0 Komentar untuk "PENGENALAN UNIT AMANAH"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI