Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
MAJLIS Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2007 yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah baru-baru ini berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 tetamu, sekali gus mencapai sasaran kerajaan negeri untuk menjamu dan meraikan jumlah yang lebih ramai berbanding tahun lalu.
Program tahunan kerajaan Melaka itu dibina atas tradisi kesamaan dan kerukunan yang menjadi cermin perpaduan rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati dan menyayangi pemimpinnya.
Menerusi program itu, yang khusus disambut sebagai cara melahirkan rasa kesyukuran berjaya menzahirkan semangat kekitaan, bergotong-royong dan bersatu hati masyarakat tatkala meraikan sesuatu perayaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melihat program itu sebagai wadah untuk melestarikan warisan budaya tradisi masyarakat Melayu Melaka menyambut Aidilfitri dengan penuh warna-warni selain memberi ruang pertemuan kepada masyarakat untuk mengeratkan lagi silatulrahim, memupuk semangat muhibah dan persaudaraan serta menjalin kerjasama antara kaum sambil menikmati juadah yang dihidangkan.
Perubahan zaman menjadikan amalan masyarakat terdahulu seperti bergotong-royong membuat persiapan pada malam lebaran kini dilihat seakan ditinggalkan dan tidak lagi menjadi perhatian serius.
Tradisi bergotong-royong sudah jarang diamalkan, selain rumah terbuka yang kini mengambil tempat dan membudaya di kalangan masyarakat kita dalam semua perayaan.
Sambutan Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2007 berjaya mengembalikan nostalgia silam sekali gus menerapkan budaya tradisi ini kembali diamalkan ketika menyambut lebaran.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semangat yang diterapkan masyarakat dulu hingga menjadikan sambutan hari raya begitu meriah dan amat bermakna.
Dulu, semangat kekitaan dan kerjasama masyarakat dizahirkan melalui kegiatan atau amalan bersolat tarawih dan moreh, bergandingan membuat persiapan juadah pada malam lebaran, bertukar juadah pada pagi Aidilfitri antara sanak saudara dan jiran tetangga melalui tradisi kunjung mengunjung.
Justeru, Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2007 pada 3 November lalu itu adalah pakej lengkap yang disediakan kerajaan negeri untuk menjelmakan semula semangat kesamaan, kerukunan dan bergotong-royong rakyat Melaka.
Program rumah terbuka itu juga membolehkan rakyat pelbagai kaum dan keturunan bersama-sama berhimpun meraikan perayaan utama masyarakat Malaysia selain bermesra bersama pemimpin, yang mana program itu juga berjaya menjadi pemangkin kepada semangat perpaduan dan kerukunan anggota masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan.
Menerusi Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2007, ditonjolkan semula tradisi Melayu Melaka yang menyatukan semua rakyat dari pelbagai peringkat golongan yang terbabit dalam pelaksanaannya.
Walaupun keadaan cuaca gelap pada lewat petang itu seakan-akan hendak hujan, orang ramai tetap berpusu-pusu datang dan tidak berganjak keluar dari Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dan isteri, merasmikan program tahunan itu.
Biarpun kelancaran program sedikit terganggu akibat sistem bunyi di MITC tidak begitu baik sehingga mendapat teguran Perdana Menteri yang tidak dapat mendengar dengan jelas ucapan Mohd Ali terdahulu, namun Abdullah kagum dengan kehadiran rakyat Melaka yang tidak menghiraukan keadaan cuaca untuk memeriahkan majlis rumah terbuka.
Beliau sendiri mengesahkan himpunan lebih 10,000 tetamu yang berkumpulan di MITC untuk membuktikan kesungguhan dan perpaduan yang kukuh rakyat Melaka seperti yang pernah ditonjolkan sebelum ini.
Selain itu, Abdullah berpeluang melihat sendiri manifestasi aktiviti rakyat Melaka pada setiap kali Aidilfitri apabila beliau turut menerima sumbangan 37 mesin haemodialisis untuk Hospital Pakar Putra sumbangan agensi kerajaan, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan serta menyampaikan sumbangan komputer kepada lapan rumah anak yatim, yang akan memberi manfaat kepada 530 anak yatim di negeri itu.
Pada majlis itu juga, Abdullah turut mengadakan sidang video dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ab Rahaman Ab Karim dan pesakit buah pinggang di Hospital Pakar Putra selain menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim.
"Program ini adalah program yang amat berjaya dilaksanakan kerajaan negeri. Saya kagum dengan sambutan rakyat Melaka yang bersemangat untuk turut serta dalam program Aidilfitri Peringkat Negeri Melaka 2007 ini," katanya.
Program ini contoh kejayaan Melaka memugar semangat kerjasama yang padu melalui aktiviti gotong-royong di samping menghayati indahnya kesamaan serta budaya bermasyarakat yang tulen.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Sidang Kemuncak Asean ke-13 kali ini, dilihat amat penting kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Asean. Apa harapan Malaysi...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/05/konsep-wasiat-wajibah-suatu-pengenalan.html http://blog.pintarpusaka.com/p/wasiat.html BA...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas M...
-
SWOT MATRIX KEKUATAN ( STRENGTH ) 1. Pengurusan dari pegawai perkhidmatan yang cekap dan ...
-
SHAH ALAM - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrah...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Sambutan Aidilfitri hidupkan budaya tradisi Melaka"