Wanita Rusia lahirkan kembar lima di Britain - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wanita Rusia lahirkan kembar lima di Britain

LONDON 15 Nov. – Seorang wanita warga Rusia selamat melahirkan bayi kembar lima di sebuah hospital di Britain selepas menolak nasihat doktor di negaranya untuk menggugurkan sebahagian fetus yang dikandungnya.

Seorang doktor di Hospital John Radcliffe di Oxford, Lawrence Impey berkata, kelima-lima bayi itu sihat.

“Risiko melahirkan anak kembar lima sangat tinggi dan mengikut sejarah, jarang kesemuanya selamat,” katanya.

Pasangan itu dinasihati untuk menggugurkan sebahagian fetus tetapi mereka menolaknya dan memutuskan untuk melahirkan kembar itu di Britain.

Kelima-lima bayi itu dilahirkan Sabtu lalu, 14 minggu lebih awal dari tarikh jangkaan.

– Reuters

0 Komentar untuk "Wanita Rusia lahirkan kembar lima di Britain"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI