Benazir, Nawaz bergabung - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Benazir, Nawaz bergabung

ISLAMABAD 15 Nov. – Dua bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif semalam bersetuju untuk membentuk perikatan bagi menjatuhkan Presiden Pervez Musharraf.

Pengerusi Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) pimpinan Nawaz, Raja Zafar-ul Haq hari ini berkata, kedua-dua pemimpin itu berbincang melalui telefon malam tadi dan menyatakan kesediaan untuk melupakan sengketa lama bagi melancarkan “perjuangan bersama” untuk menyingkirkan Pervez.

“Benazir memberi jaminan akan menentang Pervez sehingga beliau melepaskan jawatannya sebagai Presiden dan ketua tentera.

“Pervez tidak lagi dapat diterima oleh rakyat,’’ kata Raja.

Benazir kini diletakkan di bawah tahanan rumah di bandar Lahore manakala Nawaz memimpin partinya walaupun hidup dalam buangan di Arab Saudi.

Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinan Benazir mengesahkan kedua-dua bekas Perdana Menteri itu telah berbincang dan Benazir sendiri akan mengumumkan butir-butir perbualan lewat hari ini.

Perikatan itu akan menyaksikan gabungan dua parti pembangkang terbesar di Pakistan .

Benazir juga telah menghubungi kumpulan-kumpulan lain termasuk bekas musuhnya yang paling ketat, mengenai cadangan untuk membentuk sebuah barisan bersatu.

Pemimpin PPP itu mengadakan rundingan perkongsian kuasa dengan Pervez sebelum Presiden itu mengisytiharkan perintah darurat pada 3 November lalu.

Bagaimanapun, Benazir pada Isnin lalu menolak sebarang rundingan lanjut dengan Pervez sambil berikrar tidak akan berkhidmat dalam kerajaan di bawah pimpinan Presiden itu.

Perubahan pendirian itu membawa Benazir lebih hampir dengan kem pembangkang yang semakin berpecah-belah.

– AFP

0 Komentar untuk "Benazir, Nawaz bergabung"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI