Penapis filem dituduh sekat kreativiti - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penapis filem dituduh sekat kreativiti

JAKARTA: Pengeluar filem terkemuka Indonesia mengambil tindakan undang-undang untuk menghapuskan lembaga penapis filem negara itu kerana mendakwa tindakan mereka menapis filem sebagai menyekat kreativiti.

Sekumpulan lima pengarah muda menghantar petisyen perundangan ke Mahkamah Perlembagaan kelmarin meminta mengubah perundangan dalam undang-undang filem berkaitan penubuhan badan penapisan.

"Adanya Lembaga Penapisan Indonesia bertentangan dengan hak perundangan bagi berkomunikasi dan menerima maklumat," kata Tino Saroengallo, pemenang hadiah filem dokumentari.


Mereka yang menghantar petisyen termasuk Nia Dinata, di mana filemnya 'Arisan' dan 'Berbagi Suami' mendapat penghargaan kerana memaparkan isu sensitif di negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia seperti homoseksual dan poligami.

Ahli lembaga penapisan filem dilantik atas persetujuan presiden termasuk pemimpin agama dan mempunyai kuasa untuk menapis filem, video muzik dan iklan.

Lembaga berkenaan kurang kontroversi berbanding ketika di bawah pemerintahan bekas Presiden Suharto di mana ia menetapkan supaya sebarang filem mempunyai kaitan dengan politik diharamkan.� Reuters

0 Komentar untuk "Penapis filem dituduh sekat kreativiti"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI