TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU

 


TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU


PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN


4000 SM - NABI ADAM AS (FIRST HUMAN SAPIENS)

3800 SM - NABI IDRIS AS 

3500 SM - TAMADUN MESOPATAMIA

3100 SM - TAMADUN MESIR

3050 SM - NABI NUH

2500 SM - TAMADUN INDUS

2400 SM - BANJIR BESAR

2205 SM - TAMADUN CHINA

2165 SM - NABI IBRAHIM

1500 SM - RIG VEDA OF INDO-ARYAN

1393 SM - NABI MUSA

1040 SM - NABI DAUD 

1010 SM - NABI SULAIMAN

788 SM - LEMBAH BUJANG (TAPAK PELEBURAN BESI)

590 SM - CYRUS (ZULQARNAIN)

563 SM - BUDDHISM 



PENCIPTAAN ADAM AS DI DALAM AL-QURAN & AL-KITAB


Sepertimana diketahui di dalam kitab WAHYU, dinyatakan ADAM as adalah manusia pertama diciptakan akan tetapi kisah ADAM AS di dalam Al-QURAN & AL-KITAB ada perbezaannya. Di Dalam AL-QURAN diceritakan tentang penciptaan ADAM tetapi di dalam AL-KITAB tiada dialog malaikat, Iblis dengan ALLAH SWT. Perbalahan penciptaan ADAM as ada dinyatakan dalam AL-Quran iaitu dalam surah Al-Baqarah Ayat 30

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 30)


Dalam ayat ini menunjukkan seolah-olah malaikat cuba nyatakan Allah SWT ingin menciptakan makhluk lain dimuka bumi yang membuat bencana dan menumpahkan darah. Ini bermakna sebelum ADAM as sudah ada makhluk lain yg diciptakan dibumi seperti mana sedangkan tiada pernyataan ini di dalam Al-Kitab. 


Ini dapat dikukuhkan dengan penemuan dua jenis rangka seperti manusia yang telah lama hidup di bumi iaitu HOMO ERECTUS manakala penemuan rangka manusia yang lebih normal dinamakan HOMO SAPIENS. Ini membuktikan kebenaran ayat al-Quran wujudnya makhluk lain sebelum ADAM as yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti manusia.


Akan tetapi al-Quran tidak nyatakan TIMELINE kewujudan ADAM as di bumi tetapi dinyatakan di dalam AL-KITAB. Ini bermakna, AL-KITAB lebih memberikan data tentang TIMELINE RASUL dan sebagainya. Berdasarkan TIMELINE inilah dapat memberikan maklumat bilakah peristiwa ini berlaku. Walaupun tidak dinyatakan bilakah ADAM as diturunkan kebumi akan tetapi dinyatakan TIMELINE jarak usia ADAM as dengan orang lain di dalam Al-Kitab. 


TIMELINE ini boleh memberikan kita maklumat adakah ini bertepatan dengan SEJARAH MANUSIA yg ada. Jika kita lihat permulaan ZAMAN NEOLITIK dalam tempoh 10 ribu tahun, berdekatan dengan tempoh jarak masa antara ADAM as dengan sekarang iaitu hampir 7 ribu tahun. Ketika ADAM as lah manusia mula bercucuk tanam dan membela haiwan ternakan sepertimana ditemui oleh pakar sejarah bahkan TIMELINE ini juga lebih kurang dengan zaman TAMADUN awal di MESOPOTAMIA, MESIR dan INDUS, zaman sebelum banjir besar Nabi Nuh as



ASAL USUL BANGSA BERDASARKAN NABI NUH AS

Sepertimana yang kita ketahui, pada zaman Nabi Nuh as, selepas berdakwah selama 650 tahun, Nabi Nuh as diwahyukan untuk membuat sebuah kapal kerana akan berlaku banjir besar. Selepas banjir besar, berdasarkan Al-Kitab, Nabi Nuh as mempunyai tiga orang anak iaitu Japheth, Shem & Ham. Melalui sumber al-Quran, tidak diceritakan secara jelas siapa anak Nabi Nuh as yg selamat akan tetapi berdasarkan al-Kitab dinyatakan salasilah anak-anak Nabi Nuh as, yang merupakan permulaan baru bangsa manusia selepas banjir. Berbeza dengan sebelum banjir, manusia hanya mempunyai bangsa yang sama. Berdasarkan Al-Kitab, boleh dibahagikan bangsa-bangsa dunia berdasarkan keturunan masing-masing


✅ JAPHETH - GOMER, MAGOG, MADAI, JAVAN, TUBAL, MESHECH, TIRAS (SANSKRIT)
Turki, Jerman, Yunani, Itali, Caucasus ataupun bangsa EROPAH (Bhs Indo-European)


MADAI - Parsi Dan Indo-Aryan (Bhs Indo-Aryan)


GOMER - China, Jepun, Korea, Mongolia 


✅ SHEM - ELAM, ASSHUR, ARPHAXED, LUD, ARAM (SEMENANJUNG TANAH ARAB - BHS SEMITIC)

ABRAHAM - Bangsa ARAB (Hagar), YAHUDI (Sarah) BANGSA??? (Keturah)


✅ HAM - CUSH, MIZRAIM (Filistin), PHUT, CANAAN


CUSH - Bangsa Afrika (berkulit Hitam)


CANAAN & FILISTIN (Penduduk asal PALESTIN)


Jadi, untuk pembacaan lebih lanjut, boleh rujuk kpd sejarah dunia & Al-Kitab dimana Sejarah Dunia & Al-Kitab selari antara satu sama lain sehinggalah utusan terakhir kepada manusia iaitu Nabi Muhammad SAW. Al-Quran diturunkan adalah untuk mengesahkan maklumat di dalam Al-Kitab akan tetapi pada masa yang sama a-Quran menambahkan lagi apa yang tiada di dalam Al-Kitab bahkan al-Quran membetulkan semula kesilapan & perubahan yang dibuat oleh pendeta2 Yahudi dan Kristian dalam Al-Kitab akan tetapi masih banyak lagi yang tidak didedahkan di dalam al-Quran


Dalam kandungan seterusnya saya akan memberikan beberapa contoh perubahan yang dilakukan dalam Al-Kitab


Sejarah Dunia dan Al-Kitab hanya menceritakan sejarah dibahagian daratan tetapi bagaimana pula dengan kawasan pulau contohnya benua Amerika, Australia, Kepulauan Polynesia, Nusantara termasuklah kepulauan Indonesia, Borneo, kepulauan Melayu & Filipina


Berdasarkan Al-Kitab boleh diandaikan perjalanan Tamadun Manusia bermula di Mesopotamia (Nabi Ibrahim as), Mesir (Nabi Musa as) dan seterusnya.


Antara agama lain yang tidak disebut dalam Al-Kitab ialah Zoroastrian dan Buddha dimana agama ini diutuskan kepada bangsa lain termasuklah agama2 kecil manusia lain sepertimana dijelaskan dalam al-Quran


“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.” (S. Ibrahim,4).

– “Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Ugama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.” (S. al-Faatir,24).

– “Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.” (S. Yunus, 47).

– “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.” (S. al-Nahl, 36).

– “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”. (S. al-Anbiya’, 25).

– “Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang Rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan Rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu.” (S. al-Nisa’, 164).



PERSOALANNYA BAGAIMANAKAH SEJARAH BENUA KEPULAUAN


Sebenarnya dengan jelas disebut didalam AL-KITAB


GENESIS 25:5-6 While Abraham was still alive, he gave gifts to the sons of Hagar and Keturah. He also sent their sons to live in the east far from his son Isaac


Keturunan Sarah adalah orang Yahudi, keturunan Hagar adalah orang Arab jadi bagaimana dengan keturunan KETURAH?


Berdsrkan Al-Kitab, ALLAH SWT hantarkan keturunan KETURAH jauh dibahagian TIMUR. PERSOALANNYA bangsa manakah yg dimaksudkan jauh ke TIMUR tu?


Bangsa yang dimaksudkan sebagai keturunan Keturah yg dihantar jauh ke Timur adalah Bangsa yang dikenali sekarang sebagai AUSTRONESIA


Jika benar, bagaimanakah generasi Keturah boleh berada di kawasan ini?



KISAH BANGSA KETURUNAN KETURAH TIADA DALAM SEJARAH DUNIA DAN AL-KITAB


Kita perlu tahu, bangsa didunia ada asal usulnya daripada anak-anak Nabi Nuh as dan tamadun bermula semula selepas banjir besar. Jadi, tidak mungkin manusia lain hidup sebelum banjir kerana seluruh dunia ditenggelami air, jadi tidak mungkin mana-mana manusia boleh selamatkan diri dalam banjir yang melepasi semua gunung-ganang yang tinggi


Oleh itu, semua bangsa berasal daripada anak-anak nabi Nuh as dan sepertimana di atas sudah diterangkan daripada mana bangsa-bangsa dunia dilahirkan.


Persoalannya sekarang bagaimana dengan orang asli Amerika dan orang asli berkulit gelap dibahagian pulau. Bagaimana mereka boleh berada disini? Pelbagai teori dilahirkan akan tetapi kenapa mereka yang berpegang kepada Al-Kitab seolah-olah tidak percaya dengan kandungan Al-Kitab mereka sendiri sedangkan di dalam Al-Kitab dengan jelas diterangkan semua perkara ini.


Jadi, manusia yang berada di kepulauan bukanlah manusia yang berpindah beribu-ribu tahun tetapi hanya berpindah selepas banjir besar. Jadi, bilakah mereka berpindah ke bahagian pulau? Berdasarkan Al-Kitab mereka daripada keturunan Keturah sudah berpindah ke kawasan kepulauan pada zaman nabi Ibrahim a.s masih hidup lagi


Persoalannya di dalam Al-Kitab disebut keturunan Keturah dihantar jauh ke Timur tetapi sebenarnya permulaan keturunan Keturah melalui laut bermula ke Barat daripada kawasan laut Mediteranian. Ini adalah kerana jejak kehidupan bermula di benua Amerika bukannya di Timur. Oleh sebab itulah, kenapa orang asli di benua Amerika mempunyai ciri-ciri persamaan dengan bangsa-bangsa Austronesia yang berkulit separa gelap. 


Jadi, Tamadun Altec dan Maya yang dipopularkan di benua Amerika adalah daripada bangsa Keturah. Mereka membina tamadun lebih awal daripada tamadun di kawasan darat. Ini adalah kerana mereka disertakan maklumat-maklumat keilmuan daripada tamadun sebelum banjir. Jadi pada 2000SM mereka bangsa awal benua Amerika sudah membina tamadun lebih awal ketika bangsa daratan masih mencari-cari kehidupan baru selepas banjir.


Selepas beberapa ratus tahun sekali lagi mereka berpindah ke kawasan pulau lain pula sehinggalah ke Nusantara.


Jadi, kenapa bangsa Keturah membina tamadun di benua Amerika dahulu bukannya kawasan Nusantara. Ini adalah kerana, bumi masih lagi ditenggelami air. Pada masa itu, bumi Amerika juga masih banyak kawasan dipenuhi air oleh sebab itulah kenapa tamadun Maya berada di atas bukit kerana masa itu air masih tinggi dikawasan bukit. Sama juga dengan di kepulauan Nusantara masih ditenggelami air. Sebab itulah selepas berada di benua Amerika, kemungkinan dalam 1000SM bangsa Keturah juga membina tamadun hanya ditempat tinggi. Sebab itulah dijumpai banyak penempatan di Indonesia dikawasan bukit termasuklah di Kepulauan Melayu. Pada masa itu hanya kawasan tinggi sahaja boleh didiami bahkan semenanjung Melayu juga masih sebuah pulau. Sebab itu jugalah kenapa dikatakan atas Gunung Jerai terdapat istana-istana lama kerana pada masa tu penempatan Nusantara dikawasan gunung yang tinggi.


Selepas beberapa ratus tahun, kawasan-kawasan gunung semakin surut sehinggalah kepada permulaan tamadun di Kedah Tua, tempat penghasilan besi terbesar didunia. 


NEXT 


Berdasarkan keterangan-keterangan di atas menunjukkan bahawa memang benarlah ALLAH SWT menurunkan WAHYU Ilahi dan AL-KITAB sememangnya benar. Akan tetapi bukankah ini bermakna agama Yahudi dan Kristian juga benar sebab semua maklumat ini daripada kitab orang Yahudi dan Kristian. Ya, agama Yahudi dan Kristian sememangnya daripada ALLAH SWT tetapi sepertimana dinyatakan di dalam al-Quran, kitab-kitab diubah oleh orang Yahudi dan Kristian untuk menyesuaikan ayat daripada ALLAH S.W.T. Disini saya nyatakan contoh dimana orang Yahudi dan Kristian mengubah ayat ALLAH S.W.T untuk kepentingan peribadi mereka



PROVE THE JEWS & CHRISTIAN CHANGE THE BIBLE (PART 1)


GENESIS 9:22 And Ham, the father 

of Canaan, saw the nakedness of his father, and told his two brethren without. 25 And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren 26 And he said, Blessed be the LORD God 

of Shem; and Canaan shall be his servant. 27 God shall enlarge Japheth and he shall dwell in the tents of Shem; and Canaan shall be his servant.


So, how come NOAH curse the CANAAN people when their father HAM who make fun of his father. Why only CANAAN not other HAM SONS? And we know that, the JEWS are afraid of CANAAN people so how come they are CURSE


See how the JEWS will change the GOD words just to satisfied their people only



PROVE THE JEWS & CHRISTIAN CHANGE THE BIBLE (PART 2)


ISAIAH 7:14 The virgin will conceive and give birth to a son, and will call him Immanuel


The word in original HEBREW is HARAH ×”ָרָ×”֙ or pregnant woman, not virgin. Virgin in HEBREW BETULAH or ALMA. And the CHRISTIAN just change this verse to put in NEW TESTEMENT to just it refer to YESHUA. So, why don't MARY name him IMMANUEL if they said, his name is IMMANUEL


So, thats why from the start, the people of YESHUA don't worship him as GOD but same as from the beginning, worship the real GOD. So, I don't know what else they change to tell people, YESHUA is the GOD not the prophet


Inilah bukti bahawa bagaimana orang Yahudi dan Kristian memanipulasikan ayat dalam kitab-kitab mereka untuk kepentingan mereka semata-mata. Ayat berkaitan bangsa Canaan sengaja diubah untuk menunjukkan bahawa daripada awal Tuhan memang disumpah atas perbuatan bapa mereka iaitu HAM. Persoalannya kenapa Canaan yang disumpah sedangkan anak HAM masih mempunyai 3 orang lain. Secara kebetulan bangsa Canaan adalah bangsa yang menetap di JURUSALAM, kenapa bangsa FILISTIN juga tidak disumpah? Jadi, orang Yahudi memang daripada awal memanipulasikan ayat TUHAN untuk memastikan mereka menetap di JURUSALAM, tempat suci bagi agama ABRAHAM. Sedangkan mereka sendiri berulang-ulang kali takut dan sebenarnya ditarik balik keistimewaan di JURUSALAM. 


Begitu juga dengan orang Kristian yang sedaya upaya mengubah makna dalam AL-KITAB untuk menunjukkan bahawa YESHUA (JESUS) adalah Tuhan sedangkan baginda hanya seorang RASUL sama seperti RASUL yg lain. YESHUA hanya diberikan mukjizat tidak mempunyai bapa sahaja bukanlah TUHAN sepertimana cuba dinyatakan oleh orang Kristian.


Logiklah IMMANUEL dikatakan nama YESHUA sedangkan nama baginda yang diberikan oleh ibu baginda MARYAM adalah YESHUA. Jika, sebenar ini mereka cuma memanipulasikan ayat TUHAN, bagaimana pula ayat-ayat lain yang cuba diubah supaya menampakkan YESHUA adalah TUHAN.


Jadi, pertanyaan saya kepada bukan ISLAM diluar sana adakah anda boleh berikan detail SEJARAH MANUSIA sama seperti yang saya nyatakan di dalam kitab-kitab kamu? Manakala kepada orang KRISTIAN, bolehkah kamu mempercayai lagi hujah-hujah mereka yang menyatakan YESHUA adalah TUHAN? Lihatlah bagaimana mereka menyembunyikan kenyataan tentang salasilah bangsa orang ASLI AMERIKA sedangkan daripada awal mereka tahu orang ASLI AMERIKA adalah saudara-saudara bangsa AUSTRONESIA.


Pertanyaan lain, selama ini anda membaca AL-KITAB, pernahkah anda nampak semua percanggahan ini? Kenapa saya yang hanya baru beberapa hari membaca boleh nampak semua ini. 


JIKA anda masih meragui semua persoalan-persoalan ini, bolehlah anda cuba melawan hujah-hujah saya kerana banyak lagi RAHSIA yang saya belum nyatakan contohnya adakah rakyat MESIR sebenarnya bangsa AFRIKA, bahkan MOSES dan YESHUA sendiri berkulit gelap. Bagaimana pula dengan kitab agama HINDU, RIG VEDA drpd siapa sebenarnya jika benar semua ini adalah WAHYU TUHAN kpd bangsa lain juga









0 Komentar untuk "TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI