PETALING JAYA: Pelakon Zizan Razak berasa tertekan apabila timbul kontroversi terbaharu iaitu disaman lebih setengah juta ringgit oleh bekas pengurusnya, ketika dia sedang sibuk dengan kerjaya.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia turut terkilan apabila bekas pengursnya itu. Marina Juki mengambil pendekatan untuk mendedahkan perkara berkenaan kepada pihak media.
"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.
"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.
"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian," katanya kepada mStar Online pada petang Jumaat.
mStar Online pada Khamis melaporkan Marina selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan (defendan) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu dan menuntut ganti rugi lebih RM500,000.

Saman tersebut difailkan selepas Marina yang merupakan Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan selaku rakan kongsinya melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain.
Sedangkan perjanjian pelawak itu dengan syarikat berkenaan masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.
Plaintif turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.
Sementara itu, Zizan menegaskan dia tetap yakin berada di pihak yang benar dan tidak melakukan sebarang kesilapan.
"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.
"Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik," ujarnya.
Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.
Masalah itu berpunca apabila Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat pengurusan itu.
0 Komentar untuk "Zizan Razak Tertekan Disaman Bekas Pengurus"