Pakatan rugi tidak terima PSM, kata penganalisis - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakatan rugi tidak terima PSM, kata penganalisis

Penganalisis politik mendapati Parti Sosialis Malaysia mampu memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) silap apabila tidak menghiraukan permintaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertainya kerana parti itu boleh membantunya meningkatkan sokongan pengundi, terutama daripada kalangan golongan pekerja, kata penganalisis.

Mereka berkata, PSM juga boleh menyumbang kepada usaha PR mengambil alih Putrajaya terutamanya daripada segi pembahagian kerusi dan mengelak pecah undi dalam menentang Barisan Nasional (BN), mengambil kira keputusan parti itu baru-baru ini bertanding secara solo selepas tidak diterima PR sepanjang dua tahun lepas.

"Dengan adanya PSM, sudah tentu akan mengurangkan kemungkinan pergeseran dari segi pembahagian kerusi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

“Sebelum pilihan raya umum tahun lepas (PRU13) kami sudah nampak, ada beberapa isu di Semenyih dan Kota Damansara, dan ia menyebabkan PR hilang dua kerusi itu,” katanya.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), PKR dan PSM pada PRU13 sementara Kota Damansara menyaksikan pertandingan antara enam calon terdiri daripada Umno, PAS, PKR dan Bebas.

BN menang di kedua-dua kerusi kerana undi kepada pembangkang terbahagi kepada beberapa bahagian.

Penganalisis bebas Khoo Kay Peng berkata PSM boleh menawarkan PR akses kepada golongan pekerja dan memberi maklum balas kepada pakatan pembangkang mengenai apa yang mereka perlukan dan isu yang menjadi kebimbangan mereka.

"Setengah daripada pemimpin PSM pernah bekerja beberapa tahun dengan mereka yang tertindas dan mereka yang kerja di estet. Mereka boleh memberi maklumbalas yang baik berkenaan dasar PR," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tiada alasan kukuh bagi PR tidak menerima PSM, memandangkan parti itu sudah pun menyatakan sokongan terhadap manifesto PR.

Profesor James Chin dari Monash University berkata orang ramai tersilap sekiranya mereka memandang rendah sokongan terhadap PSM yang wujud di peringkat akar umbi, tetapi beliau turut mengakui ia tidak cukup untuk memenangi satu kerusi bagi dirinya.

Penganalisis politik itu berkata, PR bertangguh-tangguh menerima PSM kerana adanya tentangan dari PAS, dan berkata proses menambah bilangan ahli ke dalam pakatan itu tidak semudah dalam BN.

"Tidak seperti BN, di mana keputusan di tangan Umno, PR lebih demokratik dengan 3 parti utama menjadi sebagaian proses membuat keputusan.

"Bantahan terhadap PSM sebenarnya datang daripada PAS, kerana mereka melihat PSM sebagai parti sosialis dan komunis," kata Chin. – 11 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakatan-rugi-tidak-terima-psm-kata-penganalisis#sthash.Tn0VO9le.dpuf
0 Komentar untuk "Pakatan rugi tidak terima PSM, kata penganalisis"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI