http://www.sinarharian.com.my/hiburan/memey-norman-doakan-abby-farhan-1.185038
"SAYA gembira dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kak Abby," kata pelakon, Memey Suhaiza ketika ditanya mengenai perkahwinan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi.
Menurut Memey, dia dan suami, Norman Hakim juga berharap agar ikatan perkahwinan itu akan terus kekal dan utuh.
"Alhamdulillah, akhirnya kak Abby berjumpa dengan lelaki pilihannya dan membuat keputusan untuk membina rumah tangga.
"Saya dan abang berharap agar hubungan itu sentiasa bahagia dan kak Abby boleh menjalani tanggungjawab sebagai isteri," katanya mewakili bagi pihak Norman.
Dua hari lalu, kita dikejutkan dengan berita perkahwinan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi apabila dia mendedahkan status sebenarnya melalui laman mikro Twitter miliknya.
Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, memaklumkan bahawa dia telah bergelar isteri orang sehari sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Sebelum ini, Abby pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.
Setelah bercerai pada 18 Disember 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza pada 2011.
Pernah bertemu suami Abby
Umum mengetahui, hubungan yang dulunya pernah berantakan kini kembali pulih apabila Memey dan Abby membuat keputusan untuk berbaik.
Malah, jelas Memey, dia dan Norman mengenali suami Abby dan pernah berjumpa sebelum ini.
"Sebenarnya, kami memang dah dimaklumkan mengenai pernikahan itu. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kami rahsiakan terlebih dahulu sehinggalah kak Abby sendiri yang memaklumkannya.
"Sebelum ini, kak Abby pernah membawa suaminya itu bertemu dengan kami dua kali sebelum berkahwin.
"Walaupun suaminya itu berusia 24 tahun, namun kami yakin, dia mampu menjadi suami dan bapa yang baik kepada kak Abby dan anak-anak," katanya yang turut memberitahu suami Abby berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang.
Alhamdulillah dah kahwin: Zul
Sebelum ini, Abby pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon kacak, Zul Ariffin, malah mereka pernah memasang hasrat untuk berkahwin.
Namun, masing-masing akur dengan ketentuan Tuhan bahawa jodoh mereka bukanlah untuk bersama.
Ditanya mengenai berita perkahwinan Abby, Zul mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan bekas kekasihnya itu.
"Saya tahu dia kahwin daripada media dan saya tidak dimaklumkan sebelum ini. Alhamdulillah untuk dia.
"Saya pun tak berani nak komen banyak-banyak sebab dia dah jadi isteri orang. Lagipun, saya dan dia sudah tiada apa-apa kaitan.
"Lebih baik saya tumpukan pada kehidupan saya dan begitu juga dengan dia. Masing-masing mempunyai kehidupan sendiri," katanya.
Perkenalan di pasar raya
Walaupun usia perkenalan hanya berlangsung selama dua minggu, namun ia tidak menghalang Abby dan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, untuk melalui fasa berumah tangga.
Menurut Abby, pertemuan pertama mereka berlangsung di sebuah pasar raya dan ketika itu masing-masing bertentang mata.
Dua minggu selepas perkenalan itu, Farhan bertindak melamarnya dan mereka membuat keputusan untuk berkahwin.
Walaupun ia satu jangka masa yang singkat, namun akui Abby dia sendiri tidak menyangka jodohnya bersama jejaka yang 12 tahun lebih muda daripadanya.
Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Abby juga bakal berjumpa dengan keluarga suaminya selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.
Mereka bercadang untuk mengadakan resepsi perkahwinan pada 31 Ogos depan dan majlis pihak lelaki akan diadakan seminggu selepas itu

1 Komentar untuk "Memey, Norman doakan Abby-Farhan"
TAHNIAH KEPADA ABBY DAN FARHAN. KALAU JODOH MEMANG TIDAK KEMANA. Diharap Farhan betul2 cinta dan menyayangi Abby hingga ke akhir hayat. Abby telah banyak menderita sebelumnya dan Abby berhak dicintai sepenuhinya - Dan juga dengan anak2 Abby. Sayangi mereka ya Farhan...