Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menerangkan kenapa beliau gagal menjalankan perintah mahkamah pada 30 Mei untuk menangkap mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah dan mencari anak bongsunya.
Hakim Lee Swee Seng, membenarkan permohonan mandamus bekas isteri Ridzuan, M Indira Ghandi ke atas Khalid kerana menghina mahkamah apabila gagal mematuhi arahan mahkamah, berkata dia ada bukti yang Khalid ada kes untuk dijawab.
Hakim menetapkan perbicaraan pada 12 September.
Peguam Indira, M Kula Segaran berkata, satu perintah mahkamah akan dikeluarkan untuk Khalid hadir di mahkamah pada tarikh itu.
"Jabatan Peguam Negara akan mewakili KPN memandangkan Indira mengambl tindakan atas Khalid sebagai pegawai polis tertinggi negara," kata Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat.
Dia berkata anak guamnya terpaksa datang semula ke mahkamah kerana Khalid enggan menjalankan perintah dikeluarkan Lee pada 30 Mei.
"Indira terpaksa memfailkan permohonan mandamus mendakwa Khalid menghina mahkamah kerana enggan mematuhi perintah mahkamah," katanya.
Kula Segaran berkata ini keputusan yang menjadi mercutanda (landmark ruling) kerana hakim berani bertindak mengeluarkan arahan atas KPN.
Indira memfailkan perintah mandamus sebelah pihak (ex-parte) bulan lepas selepas Khalid enggan mencari Ridzuan dan menyerahkan anak mereka, Prasana Diksa, 6, kepadanya.
Perintah mandamus diambil untuk memaksa seorang anggota kerajaan melakukan atau menghentikan sesuatu tindakan.
Ridzuan enggan menyerahkan anak bongsu mereka itu kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi pada 2010 memerintahkan hak penjagaan ketiga-tiga anak diserahkan kepada Indira.
Ridzuan telah menjaga anak itu sejak April 2009.
Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan kepada Ridzuan pada 2009 selepas dia menukar agama mereka kepada Islam.
Bagaimanapun, pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh membatalkan penukaran agama kanak-kanak itu dan memutuskan sijil penukaran agama mereka tidak menurut perlembagaan.
Pada 30 Mei, mahkamah itu yang mendapati Ridzuan menghina mahkamah kerana gagal memulangkan Prasana kepada Indira, juga memberi dia perintah mendapatkan balik dan waran tangkap ke atas bekas suaminya.
Khalid enggan mematuhi perintah mahkamah kerana terdapat dua arahan hak penjagaan dari kedua-dua mahkamah sivil dan syariah, katanya polis tersepit antara dua sistem mahkamah. – 25 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-polis-ke-mahkamah-kerana-abai-perintah-tangkap-ridzuan#sthash.hX89s2Gb.dpuf

0 Komentar untuk "Ketua polis ke mahkamah kerana abai perintah tangkap Ridzuan"