Sidang Kemuncak Asean ke-13 kali ini, dilihat amat penting kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Asean. Apa harapan Malaysia pada sidang itu.
Tema sidang kali ini sejajar dengan tema yang mula-mula kita adakan ketika sidang kemuncak ke-11 di Kuala Lumpur, bertemakan 'One Asean, One Vision', jadi ini adalah tema yang berterusan, 'One Asean At The Heart Of Dynamic Asia' sebagai penyataan yang Asean kini bergerak ke arah kesepaduan untuk melahirkan komuniti Asean berteras kepada tiga tonggak iaitu politik/ keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya. Ia juga dapat memaparkan keyakinan Asean dan kematangan Asean selepas 40 tahun penubuhannya. Dalam sidang kali ini, beberapa perkara penting perlu difahami iaitu yang paling utama adalah untuk meluluskan satu Piagam Asean, yang deklarasinya bermula di Kuala Lumpur dan akhirnya, diterima semua negara anggota Asean.
Selain itu, penonjolan Asean juga kini diterima sebagai satu organisasi serantau dan masyarakat antarabangsa mengakui bahawa Asean adalah sebagai pertubuhan rantau yang berjaya. Ia bukan saja hanya berfungsi sebagai satu bentuk pertubuhan semata-mata, malah kini semakin berkembang dan penubuhannya berteraskan kepada perkembangan bukan sekadar deklarasi atau penyataan yang ditandatangani bersama negara anggota.
Sebenarnya, kita memerlukan Piagam Asean ini, kerana ia akan memudahkan pertubuhan ini, untuk diuruskan dan untuk pertubuhan dunia lain berurusan dengan kita. Ia juga membolehkan Asean menyusun satu sekretariat bagi menghadapi cabaran abad ke-21 dalam era globalisasi. Kita juga perlu memikirkan manfaat dan keuntungan yang dapat dinikmati kira-kira 560 juta penduduk dalam Asean, terutama dalam konteks pembangunan ekonomi dunia. Malaysia beranggapan bahawa sidang dan mesyuarat kali ini, sebenarnya amat mustahak kerana ia akan membentuk serta terus memantapkan proses mengintegrasikan Asean yang memang kuat dengan semangat kekitaan di kalangan negara anggota. Selain itu, pada sidang di Singapura ini juga negara anggota Asean juga akan menandatangani ‘pelan induk ekonomi’ dan ia adalah usaha untuk mencapai misi Asean maju pada 2020.
Bagaimana dengan komitmen semua negara anggota terhadap kemajuan Asean
Kita yakin Asean akan dapat mencapai misi itu menjelang 2015. Pada sidang kali ini juga, Menteri Kewangan negara anggota juga akan berbincang mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asia (Afta) serta Zon Perdagangan Bebas (FTA) Asean itu sendiri. Semua ini, akan membuka peluang kepada semua negara Asean untuk memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi mereka dengan mengadakan perdagangan sesama negara anggota.
Sejak 40 tahun penubuhan Asean, saya boleh katakan secara keseluruhannya, Asean semakin menunjukkan kekuatan dan kematangannya dari segala segi dan ia menyebabkan banyak negara dunia yang mahu menandatangani perjanjian sama ada membabitkan persahabatan, persefahaman, ekonomi mahupun politik selain kerjasama dengan kita.
Singapura selaku tuan rumah, mahu memberi fokus terhadap ‘tenaga, persekitaran, perubahan iklim dan pembangunan berterusan’ sebagai tema utama untuk sidang kali ini. Apa kepentingannya terhadap Asean dan Malaysia.
Soal tenaga, perubahan iklim dan persekitaran adalah amat penting dalam mengejar pembangunan berterusan dalam Asean bagi memastikan kita terus berdaya saing untuk menghadapi cabaran mendatang dalam era globalisasi ini. Yang paling utama untuk mengawal alam sekitar, kerana semua negara tahu jika ia tidak dijaga dan dipulihara dengan baik, sudah tentu mendatangkan mudarat bukan untuk generasi masa depan saja, malah generasi sekarang.
Sebenarnya, ada sesetengah negara maju yang tidak mahu mengakui perubahan iklim dunia ini, mempunyai kaitan secara langsung dengan alam sekitar, tetapi kesannya memang diakui semua terutama sekali golongan saintis dan ia memberi kesan yang begitu negatif. Mengenai tenaga pula, dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini mencecah hampir AS$100 setong, memberikan gambaran awal kepada kita bahawa dunia termasuk Asean tidak boleh terus bergantung kepada sumber ini, kerana ia tidak akan mudah lagi untuk diperoleh.
Jadi, yang paling baik adalah untuk memastikan sumber bahan api ini, digunakan berhati-hati dan tidak membazir. Walaupun, ada di kalangan negara anggota Asean menjadi pengeluar minyak, tetapi secara langsung, mereka juga menjadi pengguna dan berasakan kesan kenaikan harga minyak.
Sebab itu, Malaysia berasakan adalah amat penting supaya negara anggota Asean bersama menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mencari alternatif sumber bahan api baru.
Menyentuh pembangunan berterusan pula, dalam Asean ada negara yang belum mencapai taraf seperti dinikmati negara anggota lain, jadi Malaysia berasakan menerusi Asean+3 (China, Jepun dan Korea Selatan) dan perbincangan dengan negara Kesatuan Eropah (EU) dan ia menjadi penggerak kepada usaha sama untuk merapatkan jurang antara negara Asean baru dan lama.
Perkara paling penting dalam sidang kali ini, adalah Piagam Asean yang dizahirkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur ketika Sidang Kemuncak Asean Ke-11. Bagaimana Malaysia melihat perkara ini.
Piagam Asean adalah perkara paling penting untuk dibincangkan pada sidang kemuncak kali ini dan Malaysia melihat perkara ini, daripada sudut optimistik. Pada mulanya, ketika Malaysia mula-mula mencadangkan perkara ini pada sidang kemuncak ke-11 di Kuala Lumpur, kita tidak dapat membayangkan ia dapat mencetuskan pandangan positif dari negara anggota lain.
Sudah sampai masanya, Asean mempunyai piagam tersendiri dan ia kini, bukan hanya kemungkinan, tetapi menjadi realiti di Singapura nanti. Piagam ini, akan menjadi dokumen asas dalam Asean dan semua tafsiran bergantung kepada piagam ini, kelak. Menerusi piagam ini, segala perkara yang kabur serta kurang jelas di kalangan negara anggota boleh dirujuk kepada piagam, jadi sebab itu, saya berasakan dengan ada piagam ini, ia mengubah suasana dalam Asean itu sendiri daripada pesimistik kepada optimistik dan lebih menggembirakan negara anggota lain Asean adalah kesanggupan Myanmar sendiri untuk menerima piagam ini.
Sekiranya piagam ini dapat dibentuk di Singapura, adakah dunia akan bertambah yakin dengan keupayaan dan kelangsungan Asean untuk mencapai penyatuan
Saya yakin kerana kita bersatu hati membentuk satu piagam yang sebenarnya, amat sukar jika tiada kesepakatan antara negara anggota. Malaysia berharap apabila piagam ini dapat dibentuk, kita akan dapat membabitkan masyarakat negara anggota Asean sebagai contoh, kakitangan awam. Kita tidak mahu Asean bergerak sebagai pertubuhan bersifat kerajaan atau menjadi pertubuhan elit, sedangkan rakyat semua negara anggota perlu berasa pertubuhan ini, dan sebab itu dengan ada piagam ini, pelbagai program dan aktiviti dapat diatur.
Piagam Asean boleh menjadi wadah atau rangka kerja bagi merealisasikan matlamat dan objektif, sekali gus mewakili kepentingan seluruh masyarakat Asia Tenggara. Piagam Asean akan memperkukuhkan pertubuhan Asean dan menetapkan strategi jangka panjang yang jelas bagi kumpulan 10 negara itu. Piagam itu akan membolehkan Asean menggunakan mekanisme perundangan bagi membolehkannya bertindak atau menguatkuasakan sesuatu keputusan.
Jika Piagam Asean itu diterima, adakah struktur Asean itu secara langsung akan berubah. Contohnya, dasar tidak campur tangan dan keputusan konsensus di kalangan negara anggota.
Dasar tidak campur tangan bukan perkara asing di kalangan negara dunia yang menganggotai mana-mana pertubuhan, malah dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mempunyai dasar sama. Kita perlu memastikan kesaksamaan dalam dasar tidak campur tangan ini, kerana semua anggota adalah negara berdaulat. Jadi, jika ada piagam pun, kita berpendirian dasar tidak campur tangan adalah perkara mutlak.
Mengenai konsensus pula, kuasanya adalah pada tangan ketua kerajaan dan mereka akan mencari kata sepakat, jadi terpulang kepada mereka untuk memikirkan keadaan bagi mencari persetujuan. Saya berasakan keadaan ini tidak akan berubah secara mendadak, tetapi bukan sekarang.
Pembangunan ekonomi di kalangan negara anggota turut menjadi tumpuan utama Asean terutama yang dibangunkan Malaysia, Thailand dan Indonesia (Kawasan Segi Tiga - IMT-GT).
Mengenai pembangunan ekonomi pula, Malaysia mempunyai panduan tersendiri. Saya berasakan negara anggota lain juga begitu. Cuma mengenai wilayah pembangunan ekonomi ini, ia adalah pendekatan baru, tetapi selaras dengan pembangunan ekonomi serantau yang diterajui Asean sendiri, seperti Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dan Kawasan Pertumbuhan Asia Timur - Brunei - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMP-EAGA). Ini semua bersifat lengkap melengkapi dengan apa yang negara anggota bangunkan seperti Malaysia mempunyai koridor pembangunan ekonominya sendiri.
Lagipun, Asean berpegang kepada konsep untuk memakmur dan memperkayakan jirannya kerana menerusi cara itu, lebih ramai pelabur asing akan datang ke rantau ini, sekali gus membolehkan semua negara anggota berkongsi kekayaan.
Bagi Malaysia sendiri, ke mana arah tuju Asean yang sepatutnya... adakah kita mahu menjadi seperti EU dan adakah hasrat mempunyai satu mata wang untuk Asean menjadi sasaran.
Memang saya akui ada cakap-cakap bahawa Asean perlu bergerak seperti EU, malah dalam kita merangka draf Piagam Asean itu sendiri, sudah tentu antara rujukannya, adalah EU selain PBB. Tetapi, ingin saya tegaskan bahawa Piagam Asean itu sendiri sekiranya dilahirkan adalah hasil acuan kita, bukan EU... bukan PBB, itu semua hanya menjadi contoh. Tetapi, bukan kita meniru bulat-bulat atau melaksanakannya mengikut keadaan Asean sendiri.
Bagaimanapun, beberapa faktor seperti kewangan, pelancongan dan pergerakan bebas rakyat antara negara anggota dalam Asean sendiri, dirujuk daripada perlembagaan EU. Malah, kita juga mempunyai hubungan antara Ahli Parlimen Asean, ini semua satu aspirasi bagi mengintegrasikan Asean ke arah kesepakatan yang utuh. Mengenai mata wang pula, ia terlalu awal untuk dibincangkan kerana banyak faktor untuk dilakukan ke arah itu. EU sendiri mengambil masa begitu lama dalam mencari kesepakatan menggunakan mata wang Euro, tetapi kita tidak boleh menolaknya.
Ia mungkin berlaku, tetapi mengambil masa yang panjang kerana jurang pendapatan antara negara anggota amat ketara, jadi tugas utama Asean adalah untuk memastikannya dapat dikurangkan.
Isu Myanmar diharap tidak mengganggu matlamat sidang kali ini, tetapi dunia memandang ke arah Asean bagaimana ia menangani masalah anggotanya itu.
Pada satu ketika, dunia yang majoritinya negara maju menganggap Asean tidak mahu menangani isu Myanmar kerana dasar tidak campur tangan diamalkan di kalangan negara anggota. Sebenarnya, tindakan Asean itu amat tepat kerana jika kita campur tangan, Myanmar berasa kurang senang kerana itu masalah dalaman mereka dan tidak membabitkan negara lain. Jadi apabila kita tidak campur tangan, PBB mengambil alih peranan menyelesaikannya dan ia wajar kerana pertubuhan itu adalah pertubuhan tertinggi dunia.
Tetapi, saya akui ada kalangan negara yang memandang sinis dasar Asean itu dan menganggap kita tidak mampu menyelesaikan masalah membabitkan negara anggota. Bagaimanapun, sikap Asean itu ada kebaikannya kerana ia menyebabkan Myanmar berterima kasih dengan tindakan kita dan mengambil sikap bertanggungjawab serta berjanji menyelesaikan masalah dalaman mereka.
Malaysia memang berharap isu Myanmar akan reda dalam sidang kemuncak kali ini, supaya ia tidak menjadi tumpuan tetapi sudah semestinya, ia tidak dapat dielakkan untuk dibincangkan di kalangan ketua negara anggota Asean.
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Asean kian matang selepas 40 tahun penubuhan"