Oleh Veena Rusli
Abdullah yakin sokongan rakyat buktikan kekuatan gagasan terus diterima
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi cukup tegas ketika melontar kata-katanya di Kota Kinabalu, kelmarin bahawa kelompok yang mendalangi perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lalu cuba mengheret institusi beraja bermain politik dan komponen Barisan Nasional (BN) perlu komited memikul perjuangan parti.
Enggan terperangkap dengan helah siasah pembangkang, Perdana Menteri jelas lebih berminat dalam memastikan kekuatan 14 parti komponen yang menunjangi BN kekal kental dan dimantapkan sebagai persediaan berdepan paluan gendang Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menyedari penentu hakiki masa depan BN adalah apa yang dipangkah rakyat di kertas undi, Abdullah acap kali mengingatkan pemimpin parti komponen BN supaya meletakkan kepentingan golongan di akar umbi mengatasi segala-galanya.
Daripada pengamatannya, BN akan terus memiliki kekuatan jika parti komponennya teguh menjana kekuatan dan bijak menangani halangan.
"Kita mempunyai lebih banyak persamaan di kalangan parti komponen berbanding perbezaan dan kelebihan itu membolehkan semua pihak berdiri di landasan sama. Kita ada banyak kelebihan yang tidak membawa kepada pergaduhan atau pergeseran, jadi kalau kita jaga apa yang sama-sama milik kita, ia akan memberikan kita kekuatan.
"Saya kenal pemimpin parti komponen BN dan semuanya menyedari hakikat masa depan adalah milik kita bersama dan kita yang menentukan hala tujunya," katanya.
Baik ketika berdepan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hongkod Koisaan mahu pun penyokong Parti Liberal Demokratik (LDP) di Menara Tun Mustapha, mesej Perdana Menteri mudah diterjemah - BN mahukan sokongan majoriti rakyat sebagai pengesahan gagasan itu terus diterima sebagai pelaksana segala dasar kerajaan.
Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) yang dilancarkan baru-baru ini melengkapkan kitaran perancangan mega kerajaan di Semenanjung dan tumpuan berikutnya bakal melangkaui Laut China Selatan apabila limpahan sama merahmati Sabah dan Sarawak.
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dijadualkan dilancar bulan depan dengan segala persiapan rancak berjalan dan perkembangan itu lebih awal dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, sejurus Perdana Menteri tiba di Kota Kinabalu, kelmarin.
Secara berseloroh, Abdullah memberitahu hadirin di Kongres PBS: "Tadi (kelmarin) sebaik saya masuk kereta, Ketua Menteri beritahu mesyuarat akhir mengenai SDC akan diadakan pada 16 haribulan ini di Kuala Lumpur, jadi saya ucapkan terima kasih kerana Ketua Menteri mengotakan janji untuk pastikan semuanya dapat dilaksanakan dengan cepat."
Dengan atau tanpa debaran pilihan raya, SDC adalah bukti kesungguhan kerajaan BN dalam mengagihkan kekayaan negara ini secara sama rata terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, keturunan, lokasi, agama mahu pun fahaman politik.
Bagaimanapun, SDC bukannya bongkahan emas yang bakal turun mencurah dari bukaan langit untuk ditadah dengan tangan terbuka. Hanya mereka yang rajin menuai dengan berbekalkan kesungguhan bakal mengecap pulangan hasil pelaburan � konsepnya bukan siapa yang dikenali, tetapi apa yang diketahui.
Iklim politik dan wajah fizikal Sabah sudah jauh berbeza. Lebih manis, kelainan itu lebih banyak menyebelahi aspek positif berbanding kesuraman yang kerap mengundang ketidakstabilan suasana suatu ketika dulu.
Keyakinan Abdullah terhadap sokongan dan iltizam parti komponen di Sabah ke arah menggalas perjuangan BN secara berterusan sebagai senjata ampuh menghadapi pilihan raya akan datang, sewajarnya mendatangkan kesan mendalam di jiwa Musa dan rakan lain yang menerajui parti masing-masing di Sabah.
BN tertegak di Sabah atas himpunan pengalaman silam yang mendewasakan pemimpinnya dan mematangkan penyokongnya. Apa yang berlaku dianggap kesilapan pada waktu itu, tetapi peredaran masa pantas mengubahnya untuk menjadi iktibar dengan ingatan jangan sesekali diulangi jika mahu mengekalkan keharmonian.
Di bahu Datuk Joseph Pairin Kitingan, tergalas tanggungjawab memimpin PBS selaku parti tempatan tertua di Sabah dengan kekuatan 160,000 ahli di 61 bahagian.
Banyak yang sudah diharungi parti berusia 22 tahun yang didukungi majoriti etnik Kadazandusun itu, termasuk kejadian mencalari perjanjian apabila meninggalkan ikatan BN sebelum kembali menyertai perjuangan.
Justeru, keyakinan Abdullah dalam mengharapkan sokongan PBS selain parti komponen lain khususnya Umno pimpinan Musa ke arah melanjutkan hayat BN di Negeri di Bawah Bayu, tidak boleh dipinggirkan sebaik Perdana Menteri mengakhiri lawatan.
Berucap pada Kongres PBS di Penampang kelmarin, Pairin antara lain berjanji: "Kami sentiasa berdiri kukuh dan menyokong dasar kerajaan BN. Kami juga terus menjadi mata dan telinga kerajaan, malah Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen tidak puas-puas berusaha memberi teguran dan input membangun kepada kerajaan."
Ketika ditanya wartawan sama ada beliau berpuas hati dengan komitmen PBS dan parti komponen lain di Sabah terhadap perjuangan BN, Abdullah menjawab: "Ya, saya yakin. Apa yang Pairin cakap tadi bukan cakap kosong. Memang betul, PBS akan beri sokongan kuat kepada BN, right Pairin? Ya."
Pairin yang duduk di sebelah kanan Perdana Menteri mengangguk, begitu juga Musa yang mengapit di sebelah kiri. Sebagai pemimpin, mereka menyedari soal sokongan dan keyakinan tidak terbatas kepada satu dua parti, tetapi merangkumi keseluruhan jentera yang membentuk kerangka BN selaku pemerintah negara sejak separuh abad lalu.
Butir bicaranya mungkin di Sabah, tetapi apa yang diperkatakan Perdana Menteri wajar diterjemah sebagai ingatan kepada jentera BN secara menyeluruh di seluruh negara.
Paling penting, pemimpin, ahli dan penyokong BN perlu menjarakkan diri sejauh mungkin daripada gimik murahan anjuran pembangkang yang mengagungkan demonstrasi jalanan serta menghalalkan perhimpunan haram, hatta mengorak langkah ke Istana Negara � institusi yang tidak sepatutnya disentuh apabila merangka percaturan politik.
Rakyat Sabah perlu seiring dalam membantu Musa, Pairin dan rakan pemimpin parti komponen BN di Sabah ke arah menutup sepenuhnya ruang dalam membenarkan kegelojohan seperti itu berlaku di buminya yang subur serta kaya dengan keindahan semula jadi.
Selain pelancaran SDC yang pastinya membuka pelbagai peluang ekonomi, mereka tidak perlu bimbang lagi jika ada yang cuba menyucuk jarum atau menabur momokan kononnya Kerajaan Pusat tidak mengendahkan masa depan Negeri di Bawah Bayu.
Sabah cuma jauh di mata Abdullah, tetapi sentiasa dekat di hatinya.
Penulis adalah Ketua Biro Berita Harian di Kota Kinabalu, Sabah
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Komponen BN Sabah galas misi penting"