SYDNEY: Hakim memberitahu pegawai perisik dan polis Australia semalam bahawa seorang pelajar yang diburu berhubung dakwaan keganasan masih memiliki hak sama ada dia 'beragama Islam atau tidak.'
Pendakwa menggugurkan kes terhadap Izhar Ul-Haque selepas Hakim Michael Adams mengeluarkan arahan temubual polis dengannya tidak boleh diterima disebabkan tingkah laku pegawai.
Aktivis kebebasan sivil berkata, kes itu mendedahkan masalah serius dengan cara agensi perisikan Australia berfungsi dan ia perlu memastikan aktivitinya mengikut undang-undang.
Ul-Haque dituduh menerima senjata dan latihan perang dari kumpulan pelampau beribu pejabat di Pakistan, Lashkar-e-Toiba, ketika berada di negara itu pada 2003.
Adams berkata, pegawai Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) melakukan jenayah kerana 'mengurung tanpa kebenaran dan menculik.'
Pegawai juga dituduh tidak adil dan melanggar undang-undang mengenai kebebasan peribadi Ul-Haque serta menceroboh rumah keluarganya.
"Ia gangguan jelas ejen keselamatan ke atas hak perundangan tertuduh sebagai penduduk, hak yang masih dimilikinya sama dia disyaki melakukan jenayah atau tidak, dan sama ada dia Islam atau tidak," kata Adams.
Peguam Ul-Haque, Adam Houda, ketika bercakap di luar Mahkamah Agung New South Wales, lokasi Adams membuat komen, menyifatkan pendakwaan ke atas anak guamnya sesuatu yang bodoh.
"Sejak mula lagi, ia hanya perbicaraan palsu untuk mewajarkan peruntukkan berbilion dolar bagi menangani keganasan. Ia satu lagi pendakwaan secara gopoh," katanya.
Houda membandingkan kes itu dengan doktor kelahiran India, Mohamed Haneef, yang visanya dibatalkan selepas dikaitkan dengan pengeboman kereta di Britain awal tahun ini. Dakwaan terhadap Haneef akhirnya digugurkan.
Majlis Kebebasan Sivil Australia berkata, kajian menunjukkan masalah serius dengan cara ASIO beroperasi.
Ketuanya, Terry O�Gorman, berkata agensi perisikan perlu bertindak mengikut undang-undang, dengan mengambil kira pertambahan kuasanya sejak serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
"Masalah utama ialah kuasa ASIO, terutama dengan pertambahan undang-undang keganasan yang diluluskan sejak 2001 iaitu mereka semakin tidak bertanggungjawab dan muncul pula tindak-tanduk yang dikecam oleh hakim Mahkamah Agung," katanya kepada radio kebangsaan. � AFP
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Hakim Australia pertahan hak asasi pelajar Muslim"