Wartawan Britain dipanggil pulang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wartawan Britain dipanggil pulang

LONDON 12 Nov. – Akhbar harian Britain, Daily Telegraph memanggil pulang tiga wartawannya dari Pakistan berhubung ulasan lidah pengarang akhbar itu yang didakwa mengandungi kata-kata kesat terhadap Presiden Pervez Musharraf.

Ulasan yang mengkritik Pervez semalam mendorong pemimpin Pakistan itu menuntut Daily Telegraph mengemukakan permohonan maaf secara rasmi.

“Daily Telegraph memanggil pulang wartawannya selepas mereka diancam akan diusir keluar oleh negara itu,” tegas kenyataan dua perenggan edisi awal akhbar itu.

“Tindakan tersebut diambil selepas Pesuruhjaya Tinggi Pakistan mengadu tentang gaya bahasa yang digunakan bagi merujuk Presiden Pervez dalam satu ulasan minggu lalu,” lapor akhbar itu.

Terdahulu, Pesuruhjaya Tinggi Britain telah mengemukakan bantahan kepada Menteri Luar Pakistan, Khurshid Kasuri mengenai layanan terhadap wartawan berkenaan.

“Kami percaya kebebasan bersuara dalam media penting untuk kestabilan dan pembangunan sosial dan ekonomi serta menyumbang secara aktif kepada pembangunan media yang bebas dan adil di Pakistan,” kata jurucakap Kementerian Luar Britain.

Pakistan kelmarin mengarahkan ketiga-tiga wartawan Daily Telegraph supaya meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam berhubung dengan “gaya bahasa yang kesat yang digunakan dalam ulasannya.”

– AFP

0 Komentar untuk "Wartawan Britain dipanggil pulang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI