Sonthi enggan bertanding -- Pencalonan pilihan raya umum Thailand bermula - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sonthi enggan bertanding -- Pencalonan pilihan raya umum Thailand bermula

BANGKOK 12 Nov. – Pemimpin rampasan kuasa Thailand, Sonthi Boonyaratglin hari ini berkata, beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi tidak menolak untuk menyertai kerajaan baru.

Tatkala pendaftaran bermula hari ini untuk calon-calon pilihan raya wilayah yang diadakan pada 23 Disember, Sonthi berkata, beliau tidak akan bertanding sama ada untuk Parlimen atau Senat.

“Saya tidak akan bertanding, saya banyak kerja hendak disiapkan demi kepentingan negara dan saya akan lakukan selagi terdaya,” ujarnya.

Sonthi yang merupakan bekas komander tentera Thailand telah melancarkan rampasan kuasa pada September 2006 bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas bersara dari jawatan tentera.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Kabinet baru selepas pilihan raya, katanya:

“Siapa yang akan menjemput saya? Lebih baik bercakap mengenainya pada masa akan datang.”

Katanya, pada masa sekarang beliau lebih memberi tumpuan kepada bermain bola sepak dan melancong selepas pilihan raya kelak.

– AFP

0 Komentar untuk "Sonthi enggan bertanding -- Pencalonan pilihan raya umum Thailand bermula"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI