Pakistan haram perarakan Benazir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakistan haram perarakan Benazir

LAHORE: Pihak berkuasa Pakistan mengambil langkah bersiap sedia mengharamkan perarakan bantahan besar-besaran yang dirancang dari Lahore ke Islamabad, atas gesaan tokoh pembangkang Pakistan, Benazir Bhutto hari ini, bagi meningkatkan tekanan agar perintah darurat ditamatkan serta-merta, kata pegawai semalam.

Pegawai kanan kerajaan dan polis dijangka mengadakan pertemuan untuk menimbang mengharamkan perhimpunan dan perarakan itu, manakala seorang pegawai kanan polis memberitahu, perarakan itu tidak mungkin dibenarkan.

Perarakan berkenaan bertujuan meningkatkan tekanan terhadap Presiden Pervez Musharraf untuk segera menamatkan undang-undang darurat, yang menurut Benazir akan menyebabkan janji bahawa pilihan raya akan diadakan awal Januari tidak bermakna.


Seorang pegawai kanan kerajaan di wilayah Punjab yang termasuk Lahore, berkata pihak berkuasa sudah mengambil keputusan secara prinsipnya untuk mengharamkan perhimpunan itu.

"Tidak ada perarakan jarak jauh. Ia tidak akan diizinkan," kata Menteri Undang-Undang Punjab Raja Basharat.

Beliau berkata polis dan anggota perisikan akan mengambil keputusan mengenai langkah yang akan dilakukan tetapi menegaskan, perhimpunan adalah diharamkan di bawah undang-undang darurat.


"Ia adalah keputusan politik dan setakat ini kami tahu ancaman yang bakal wujud jika perarakan diteruskan adalah amat serius dan pada tahap tertinggi," kata ketua polis Lahore Malik Mohammad Iqbal.

Sementara itu, Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang dipimpin Benazir memberi amaran perhimpunan dan perarakan sejauh 275 kilometer itu bakal mencetuskan keganasan jika ia dihalang.

"Kami akan meneruskan perarakan itu dan jika kami dihalang, pertempuran akan berlaku di jalan raya Lahore dan bantahan di Punjab," kata jurucakap parti itu, Farzana Raja.

Beliau sebelum ini mengalu-alukan tarikh pilihan raya yang akan diadakan tetapi menegaskan ia tidak akan memberi sebarang makna jika diadakan ketika undang-undang darurat dikuatkuasakan.

"Pilihan raya yang bebas dan adil tidak akan dilaksanakan menurut Akta Tentera dan undang-undang darurat," katanya. � AFP
0 Komentar untuk "Pakistan haram perarakan Benazir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI