Tentera ambil alih operasi di Lembah Swat - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tentera ambil alih operasi di Lembah Swat

ISLAMABAD 12 Nov. – Tentera Pakistan hari ini mengambil alih operasi memerangi puak militan di Lembah Swat, barat laut negara yang sebelum ini dipertanggungjawabkan kepada pasukan separuh tentera.

Operasi berkenaan berkenaan bertujuan merampas kembali dua pertiga daripada Lembah Swat yang kini dikuasai oleh pengikut ulama radikal, Maulana Fazlullah.

Presiden Pervez Musharraf semalam berkata, perintah darurat yang dikuatkuasakan di negara ini mulai 3 November lalu memberi kuasa kepada kerajaan untuk mempertanggungjawabkan tentera menangani pergolakan di Swat.

“Tentera mengambil alih peranan utama dalam operasi di Swat mulai hari ini.

“Kami akan mula mengetuai operasi hari ini dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan wilayah,” kata ketua jurucakap tentera, Mejar Jeneral Waheed Arshad di televisyen Dawn.

Beliau tidak menyatakan berapa lama tentera akan ditempatkan di lembah tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto sejak beberapa hari lalu menyebut tentang pergolakan di Swat sebagai bukti kegagalan kerajaan Pervez membanteras keganasan.

Kebangkitan militan di Swat menimbulkan kebimbangan bahawa gerila Al-Qaeda dan Taliban di kawasan puak yang bersempadan dengan Afghanistan semakin melebarkan pengaruh mereka.

– AFP

0 Komentar untuk "Tentera ambil alih operasi di Lembah Swat"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI