Bersama Noraini Ahmad
DEMONSTRASI jalanan bukan budaya kita, namun ia dibimbangi semakin menular dan apa yang berlaku di ibu negara, Sabtu lalu sesungguhnya mengejutkan kita semua yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Atas alasan apa sekalipun, kita tidak boleh membiarkan demonstrasi jalanan menular di dalam masyarakat kita, terutama di kalangan anak muda. Jika mahu menyuarakan rasa tidak puas hati dan hantar memorandum bantahan sekalipun, ia boleh dilakukan mengikut saluran betul mengikut tata cara dan budaya kita, bukan mencetuskan suasana kecoh dan tegang.
Kita sudah banyak melihat kesan buruk akibat perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang pada mulanya diikrarkan secara aman, akhirnya bertukar menjadi rusuhan. Di seluruh dunia, kematian dan kecederaan kerap mewarnai demonstrasi jalanan ketika mereka yang terbabit tidak dapat mengawal diri dan perasaan.
Ia tidak termasuk masalah lain seperti jalan terpaksa ditutup, kesesakan lalu lintas dan kerosakan harta benda awam. Premis perniagaan di kawasan berhampiran lokasi demonstrasi juga terpaksa ditutup kerana bimbang tercetusnya kekacauan.
Apa yang pasti demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, menyusahkan kehidupan banyak pihak, mengganggu kegiatan harian orang ramai dan menjejas ketenteraman awam.
Demonstrasi seperti itu tidak seharusnya digalakkan, walaupun atas nama untuk menuntut hak atau keadilan kerana masih banyak cara lain dibenarkan undang-undang. Demonstrasi mungkin bebas di negara lain, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berdisiplin dan mempunyai budaya tersendiri, tidak ada sebab mengapa kita harus menjadikannya satu amalan.
Semua tahu bahawa demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram yang sekian lama menjadi budaya, khususnya di Barat dalam membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara atau isu, kini dilihat sebagai ancaman terhadap negara terbabit.
Mereka yang selama ini menghalalkan perbuatan itu atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi rakyat, kini menyedari dan mengakui bahawa buruk kesannya. Selain ancaman keselamatan, ketenteraman dan kerosakan harta benda, ia juga turut memberi kesan kepada ekonomi. Jika rakyat terlalu asyik berdemonstrasi, mereka lupa tanggungjawab kepada pekerjaan, produktiviti merosot dan orang ramai berhampiran tempat demonstrasi tidak dapat menjalankan kegiatan masing-masing.
Kini ketika banyak negara, khususnya di Eropah bimbang dengan keadaan itu, ada pula kumpulan tertentu di Malaysia menggalakkan demonstrasi jalanan bagi mengemukakan bantahan terhadap sesuatu perkara, terutama membabitkan kerajaan.
Apa yang kita bimbangkan ialah jika diberi kebenaran berhimpun, pelbagai perkara buruk boleh berlaku ketika ada yang tidak dapat mengawal emosi. Kita sendiri lihat bahawa ia pernah berlaku dalam perhimpunan sebelum ini sehingga mencetuskan keadaan tegang.
Sebagai negara yang berpegang kepada demokrasi, kita menghargai kebebasan bersuara dan menghormati hak individu. Bagaimanapun, jangan sampai amalan ini mengganggu atau mencabuli hak asasi orang lain. Tanggungjawab terhadap hak majoriti lebih utama daripada kebebasan yang tidak bertanggungjawab.
Kebanyakan tunjuk perasaan itu berakhir dengan tragedi yang boleh mengancam keselamatan. Justeru, bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini ketika tunjuk perasaan atau perarakan, kerajaan mengambil jalan paling wajar dengan tidak lagi membenarkan mana-mana pihak mengadakan tunjuk perasaan, perarakan atau perhimpunan tanpa permit polis.
Memang benar, rakyat mempunyai hak untuk bersuara, tetapi bukan menimbulkan kekacauan. Hak majoriti harus dihormati dan diutamakan. Kita seharusnya menghargai keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini, sepanjang 50 tahun bergelar anak merdeka.
Kita harus ingat suasana aman dan harmoni turut menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara. Kedatangan lebih ramai pelabur ke negara ini berikutan suasana harmoni menyebabkan ramai rakyat berpeluang mendapatkan pekerjaan.
Tidak perlu melihat jauh, pengalaman di negara jiran sudah cukup untuk kita jadikan iktibar. Akibat daripada demonstrasi jalanan menjatuhkan kerajaan, akhirnya negara kucar-kacir, pergaduhan berlaku, ekonomi menjunam, pelabur bukan saja tidak lagi datang melabur, malah ramai menutup kepentingan perniagaan kerana kerajaan di negara terbabit tidak lagi stabil. Justeru, kepada seluruh warga Malaysia terutama anak muda, janganlah mudah terpengaruh dengan budaya merosakkan ini yang boleh mencalar imej bangsa dan negara di mata dunia.
Datuk Noraini Ahmad adalah Ketua Puteri Umno Malaysia
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Suara Orang Muda: Demonstrasi bukan cara tuntut hak, keadilan"