BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG hanya senyum apabila membaca laporan tentang adanya anugerah khas prestasi kutipan hasil negeri Selangor yang disampaikan dalam bentuk penyapu.

Kalau tidak silap, ini merupakan kali pertama ada anugerah seumpama itu melibatkan perkhidmatan awam khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pada majlis sambutan Bulan Kualiti semalam, Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo turut menyampaikan penyapu kepada PBT yang mendapat markah terendah dalam kutipan hasil.

Pemberian penyapu itu merupakan simbolik yang bertujuan supaya pengurusan dan kakitangan jabatan “membersihkan” sikap mereka bagi meningkatkan prestasi.

Awang melihat kelainan tersebut dari sudut positif. Motivasi cara ini pernah diamalkan di Jepun dan Korea.

Malah dicadangkan agar pihak yang menerima anugerah penyapu itu mempamerkannya secara tetap di ruang lobi pejabat masing-masing. Mana lebih banyak sama ada plak hadiah atau penyapu?

Apa pun, Awang lihat pentadbiran Dr. Khir Toyo makin agresif dalam menggerakkan pembaharuan kepada PBT lebih-lebih selepas berstatus negeri maju.

Awang – Sesekali suka kelainan.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI