Hubungan Antara Islam, Kristian dan Yahudi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hubungan Antara Islam, Kristian dan Yahudi

 



 Islam, Kristian dan Yahudi adalah tiga agama Samawi yang sebenarnya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang sama. Agama Yahudi menyebut Elohim, Kristian menyebut El dan Islam menyebut Allah. Persoalannya kenapa ketiga-tiga agama ini saling bermusuhan sesama sendiri. Semua orang tahu, orang Yahudi tidak percaya dengan Yesus kerana baginda dikatakan mengaku sebagai Tuhan dan orang Yahudi tidak percaya baginda adalah Messiah yang disebut dalam Torah. Bagi kepercayaan Kristian pula, Yesus adalah tuhan mereka. Islam pula menyatakan bahawa Yesus adalah seorang Rasul sepertimana nabi Muhammad SAW bukannya Tuhan.

Islam mempunyai masalah dengan kaum Yahudi kerana tindakan Israel yang menceroboh Palestin untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Menurut kepercayaan Yahudi, tanah Palestin sebenarnya dijanjikan Tuhan kepada mereka tetapi mungkin mereka lupa mereka telah membunuh para Rasul sebelum ini. Manakala Kristian pula mempunyai masalah dengan orang Islam atas sebab politik kerana mempunyai sejarah berperang suatu masa dahulu. Persoalannya, adakah Islam sebenarnya mengajar kita membenci orang Yahudi dan orang Kristian?

Inilah persoalan besar dikalangan umat Islam sekarang. Ini adalah kerana dalam al Quran sendiri ada ayat menceritakan keburukan orang Yahudi dan Nasrani. Persoalannya, adakah benar Islam suruh umat Islam membenci semua orang Yahudi dan Nasrani? Sebenarnya dalam al Quran juga ada disebut tentang orang yahudi dan Nasrani beriman kepada Tuhan.

Sebenarnya kebencian umat Islam kepada Yahudi lebih kepada persoalan masalah di Palestin. Umat Islam telah ditanam kebencian seolah-olah Yahudi dan Zionis adalah sama. Sebenarnya tidak, bukan semua Yahudi menyokong Zionis. Zionis pula bukanlah 100% Yahudi. Zionis sebenarnya adalah golongan kafir Yahudi yang tidak mengunakan kitab Taurat sebagai panduan sedangkan sebahagian orang Yahudi masih lagi berpegang kepada Taurat. Jadi, kebencian umat Islam khususnya di Malaysia sepatutnya ditukar untuk membenci golongan kafir Zionis bukannya Yahudi.

Tahukah umat Islam bahawa sebenarnya banyak persamaan antara Yahudi dan Islam berbanding Islam. Taurat dan Injil adalah antara kitab yang sebenarnya umat Islam juga beriman tetapi dikatakan telah diubah. Oleh sebab itulah orang Islam tidak percaya dengan kitab Taurat dan Inijil yg ada sekarang. Persoalannya adakah kita umat Islam perlu tolak Taurat dan Injil sekaligus? Inilah masalah umat Islam apabila mereka menolak Taurat dan Injil bermakna mereka sendiri tak tahu apa yang ada dalam Taurat dan Injil. Sebelum membicarakan tentang ini, tahukah anda Taurat dan Injil yang ada sekarang?

Tahukah anda Bible yang dibaca orang Kristian bukanlah Gospel ataupun Injil tetapi gabungan antara kitab2 terdahulu. Bible sebenarnya merangkumi dua bahagian iaitu Old Testament dan New Testament. Old Testament terdiri daripada kitab Taurat ataupun Torah dan gabungan-gabungan kitab terdahulu. Manakala New Testament adalah campuran Injil dan beberapa karangan bukan Injil. Inilah rujukan orang Kristian. Untuk memahami orang Kristian kita perlu memperhalusi Bible. Kenapa Kristian begitu asing dengan Islam?

Sebenarnya ikut pegangan orang Kristian walaupun mereka menggabungkan Old Testament dan New Testament tetapi mereka tak perlu mengikut hukum dalam Old Testament. Old Testament inilah yang menunjukkan bahawa banyak persamaan antara Islam dan Yahudi. Antara persamaan Islam dan Yahudi ialah cara solat, sebenarnya pergerakan Islam dan Yahudi hampir sama kecuali Yahudi tidak rukuk, mereka terus sujud dan rapat ke tanah. Jadi, jika kita nampak ada orang solat macam ini sebenarnya ini bukanlah agama baharu tetapi inilah cara kita pengikut agama Abraham solat. Kadang2 ada juga orang Kristian yang solat sama mcm cara orang Yahudi jadi janganlah terkejut. Kita umat Islam solat 5 waktu manakala Yahudi 3 waktu sehari

Selain solat sebenarnya dalam Old Testament juga disarankan berpuasa cuba bezanya antara orang Islam dan Yahudi berpuasa ialah kita berbuka pada waktu maghrib dan ada sahur sedangkan Yahudi mereka berpuasa 25 jam bahkan mereka juga tidak boleh bekerja. Sebenarnya para Rasul termasuk nabi Musa as dan nabi Isa as juga solat dan berpuasa.

Selain di atas sebenarnya ada lagi persamaan contohnya bersunat, memakai kopiah, menutup aurat bagi wanita, tidak makan babi dan sembelih. Sebab itulah dalam al quran sebenarnya kita boleh makan makanan ahli kitab sebab mereka juga sebenarnya sama macam kita umat Islam cuma persoalannya sekarang orang Kristian tidak ikut hukum dalam Taurat jadi itu antara sebabnya kita tak boleh makan jika orang Kristian yang masak bahkan orang Kristian juga boleh makan babi.

Sebenarnya ada lagi persamaan contohnya ibadah haji sebenarnya ada persamaan dengan cara orang Yahudi cuma ada perbezaan dengan umat Islam kerana kita beribadat di kaabah sedangkan orang Yahudi tidak. Saya tidak akan ceritakan perkaitan ini sekarang, jika ada kelapangan saya akan buat artikel lain.

Begitu juga dalam Old Testament ada diceritakan tentang kisah para Rasul Cuma terdapat perbezaan. Contohnya dalam Old Testament diceritakan bahawa nabi Noh selepas banjir baginda berbogel dan minum arak kerana kecewa. Begitu juga tentang nabi Sulaiman digambarkan baginda mempunyai 700 orang isteri dan 500 orang gundik dan menyembah tuhan lain. Inilah antara kisah nabi yang diselewengkan oleh orang Yahudi. Di dalam Old Testament juga dikatakan bahawa nabi Musa as meminta pengikut baginda untuk membunuh 3000 orang Yahudi yang menyembah lembu emas. Nabi Ishak yang dikorbankan bukannya nabi Ismail.

Inilah antara sebab kenapa kita umat Islam perlu membaca Bible sebab bolehlah kita tahu apa sebenarnya persamaan dan perbezaan kisah kedua-duanya. Ini juga satu masalah kepada orang Kristian kerana mereka hanya menumpukan kepada kisah-kisah yang baik dalam New Testament tetapi tidak diceritakan apa yang ada dalam Old Testament. Sebab itulah mereka menuduh al Quran mengajar kebencian dan keganasan sedangkan dalam Bible lebih teruk cara penceritaan. Mereka menghina nabi Muhammad SAW apabila berkahwin dengan Aishah RA tetapi mereka tak boleh terima hakikat bahawa nabi Sulaiman dikatakan mempunyai 500 isteri sedangkan karangan nabi Sulaiman ada dalam Bible. Jadi, jika ada dikalangan kafir yang ingin memburuk-burukkan Islam cubalah minta mereka lihat dalam Bible sendiri.

Elohim, El dan Allah adalah panggilan kepada Tuhan

Sebenarnya ada dikalangan kafir diluar cuba menampakkan bahawa Islam bukanlah daripada Tuhan dan Allah bukanlah Tuhan yang sama seperti Yahudi dan Kristian. Sebenarnya inilah masalah kepada mereka dan umat Islam. Umat Islam di Malaysia juga beranggapan bahawa Allah hanya khusus kepada umat Islam sahaja sedangkan Allah adalah Tuhan kita umat manusia. Jika kita umat Islam menentang penggunaan kalimah Allah sebenarnya kita menidakkan bahawa mereka tidak percaya dengan Allah. Walaupun orang Kristian mempunyai masalah pemahaman berkaitan Yesus tetapi dengan menghalang mereka beriman kepada Allah sebenarnya telah membuatkan mereka jauh daripada Allah. Allah bukan sahaja digunakan oleh Kristian di Malaysia tetapi sebenarnya digunakan di Indonesia dan Arab bahkan sejak zaman nabi Muhammad SAW sendiri Allah digunakan untuk Tuhan. Jadi, umat Islam perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa Allah adalah Tuhan kepada semua kepercayaan.

Kenapa ada kafir menyatakan bahawa Allah bukanlah Tuhan kepada Bani Israel. Sebenarnya orang Yahudi diberikan nama sebenar Tuhan adalah YWYH. Walaupun begitu kerana nama ini adalah nama Tuhan maka mereka membuang nama YWYH dan digantikan dengan perkataan lain.

Pada dasarnya bagi orang Yahudi ada digunakan Elohim untuk Tuhan, Kristian menggunakan EL. Orang kafir menolak Allah adalah Tuhan kerana bagi mereka seolah-olah Allah tidak tahu nama sebenar Tuhan adalah YWYH. Walaupun begitu, mereka lupa bahawa Yesus juga tidak mengunakan nama YWYH tetapi EL. Adakah Yesus juga bukan “tuhan” juga sekarang? Antara masalah banyak berlaku disebabkan bahasa yang digunakan. Untuk orang Yahudi mereka mengunakan Bahasa Hebrew manakalah orang Kristian lebih banyak merujuk kepada Bahasa Inggeris. Apabila Bahasa Inggeris dijadikan rujukan, maka terdapatlah banyak ketidaksamaan antara satu sama lain tetapi apabila menggunakan Bahasa Hebrew barulah kita tahu sebenarnya ada banyak persamaan Islam dengan agama Yahudi.

Perkataan Elohim sebenarnya daripada perkataan El juga. El bermaksud Tuhan dan Elohim dikatakan merujuk kepada ramai. Sebenarnya apabila Elohim digunakan bukanlah bermakna Tuhan itu banyak tetapi menunjukkan superior Tuhan sendiri. Dalam Quran juga banyak perkataan Kami digunakan merujuk kepada Allah tetapi tidak memberi maksud bahawa Allah ada ramai.

Jadi, dimanakah persamaan antara El dan Allah. Sebenarnya dalam Bahasa Arab tidak ada huruf e jadi sebab itulah apabila ditulis Allah tidak dikatakan Ellah sedangkan Hebrew mengunakan El. Jadi jika ditulis dalam Bahasa Arab dibaca Allah bukannya Ellah. Allah juga boleh dibaca sebagai Illah. Jadi, kenapa Allah? Menunjukkan The God, jika El sahaja merujuk kepada Tuhan tetapi Allah adalah The God. Inilah antara sebab kenapa Allah digunakan dalam Islam kerana Arab adalah Allah. Ramai kafir yang mengatakan Allah adalah nama tuhan berhala ataupun tuhan bulan sedangkan Allah adalah panggilan Tuhan, jadi pada asalnya Allah adalah The God tetapi apabila dimanipulasikan oleh penyembah berhala maka digunakan juga Allah untuk nama tuhan berhala dan tuhan bulan. Jika begitu andaian kafir bermakna Kristian Arab selama ini menyembah tuhan berhala?

Jadi, perkataan Allah bukan sengaja digunakan tetapi inilah perkataan yang merujuk kepada Tuhan. Ada satu lagi persoalan, perkataan Elohim? Cuba anda selidik perkataan “Allahumma” di dalam al Quran. Tahukah anda jika Elohim dan Allahuma ditulis dalam Bahasa Arab perkataan tersebut adalah sama. Jadi, sebenarnya Allahuma merujuk kepada Elohim dalam Bahasa Hebrew. Jika ada kafir yang ingin menunjukkan Allah bukanlah Tuhan tunjukkan kebenaran seperti di atas

Sebenarnya ada lagi persamaan nama Allah dengan Hebrew. Perasan tak nama Allah yang lain contohnya Al Jabbar, Al Rahim dan lain2, kenapa gunakan Al didepan. Itu menunjukkan bahawa Tuhan yang Maha Besar, Tuhan Yang Maha Pemurah. Sama juga dengan Hebrew digunakan El Shaddai, El Roi dan El Gibbor. Jadi, adakah nabi Muhammad tahu tentang perkaitan ini?

Nabi Muhammad SAW diberitakan dalam Torah dan Gospel

Deuteronomy 18 where Moses tells us, “The Lord your God will raise up for you a prophet like me from among you, from your brothers – it is to him you shall listen”. (verse 15). And later in verse 18; “I will raise up for them a prophet like you from among their brothers . And I will put my words in his mouth, and he shall speak to them all that I command him. And whoever will not listen to my words that he shall speak in my name, I myself will require it of him.”

Ini adalah ayat daripada Old Testament. Diberitakan akan ada seorang nabi yang akan dilahirkan selepas nabi Musa as dikalangan saudara orang Israel. Tahukan anda orang Israel daripada keturunan nabi Ishak dan nabi Muhammad SAW daripada nabi Ismail. Inilah yang dikatakan dikalangan saudara orang Israel kerana Allah sudah menjanjikan bahawa nabi Ismail akan berikan Kawasan untuk membina masyarakat ataupun nation. Itulah yg berlaku di Tanah Arab apabila orang Islam berupaya membina tamadun Islam selama 1000 tahun di tanah Arab. Ini membuktikan bahawa nabi Muhammad SAW adalah Rasul yang dijanjikan. Orang Kristian menafikan bahawa ini berkaitan dengan nabi Muhammad SAW tetapi adalah nabi Isa as. Mereka sendiri menafikan nabi Isa as nabi dan tiba-tiba mereka mengaku pula nabi Isa as adalah nabi. Dan nabi Isa as tidak sempat membina tamadun di Tanah Arab.

Selain itu juga, nabi Isa as juga meramalkan akan ada pembantu selepas baginda diangkat kesyurga. Terjemahan Inggeris mengunakan perkataan “Advocate” sedangkan perkataan sebenar adalah “Parakletos”. Kenapa mereka mengubah perkataan Parakletos kerana apabila Parakletos diterjemahkan kepada Bahasa Hebrew, maka keluarlah perkataan Muhammad. Jadi, orang Kristian dan Yahudi sama sahaja, mereka ingin menyembunyikan kedatangan nabi Isa as dan nabi Muhammad SAW.

Setakat ini tak nampak lagi hujah kafir tentang ini dan mereka sendiri tidak berani memberikan siapa yang dimaksudkan.

John 14:16

And I will ask the Father, and he will give you another advocate to help you and be with you forever

John 15:26

“When the Advocate comes, whom I will send to you from the Father—the Spirit of truth who goes out from the Father—he will testify about me. 27 And you also must testify, for you have been with me from the beginning.

John 14:26
But the Advocate, the Holy Spirit, whom the Father will send in my name, will teach you all things and will remind you of everything I have said to you.

John 16

Unless I go away, the Advocate will not come to you; but if I go, I will send him to you. 8 When he comes, he will prove the world to be in the wrong about sin and righteousness and judgment: 9 about sin, because people do not believe in me; 10 about righteousness, because I am going to the Father, where you can see me no longer; 11 and about judgment, because the prince of this world now stands condemned.

12 “I have much more to say to you, more than you can now bear. 13 But when he, the Spirit of truth, comes, he will guide you into all the truth. He will not speak on his own; he will speak only what he hears, and he will tell you what is yet to come. 14 He will glorify me because it is from me that he will receive what he will make known to you. 15 All that belongs to the Father is mine. That is why I said the Spirit will receive from me what he will make known to you.”

 Jadi, inilah antara perkaitan antara Islam, Yahudi dan Kristian. Sebenarnya ketiga-tiga agama ini daripada Tuhan yang sama iaitu El, Elohim atau Allah. Saya juga ada teori menarik tentang Yesus iaitu menunjukkan bahawa nabi Isa as bukanlah tuhan tetapi sememangnya adalah Rasul Allah cuma nabi Isa as bukanlah 100% manusia seperti kita sebab baginda dilahirkan tanpa bapa dan Allah telah memasukkan roh ke dalam ibu Mariam. Inilah antara sebab kenapa nabi Isa as menggunakan perkataan the Son God sedangkan Rasul lain tidak mengunakan gelaran tersebut tetapi ini bukan juga bermakna nabi Isa as adalah anak kepada Tuhan. Dan antara sebab inilah juga kenapa nabi Isa as mempunyai mukjizat yang luar biasa kerana baginda bukanlah manusia biasa seperti kita tetapi bukanlah juga tuhan kerana kuasa baginda ada limitnya.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita umat Islam dan ini adalah jawapan kepada kafir yang cuba menafikan Islam, nabi Muhammad SAW dan Allah. Semoga kafir seperti David Wood, Apostate Prophet dan Christian Prince dilaknat Allah SAW kerana menghina nabi Muhammad SAW dan Allah SWT.

0 Komentar untuk "Hubungan Antara Islam, Kristian dan Yahudi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI