Pengaruh Thaksin masih kuat di Thailand - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pengaruh Thaksin masih kuat di Thailand

BANGKOK 13 Nov. – Seorang calon pilihan raya umum Thailand, Suraphong Towijackchaikul memakai topeng wajah bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra semasa mendaftarkan diri, semalam.

Suraphong akan bertanding pada 23 Disember ini sebagai calon Parti Kuasa Rakyat (PPP), parti yang bertapak di wilayah Chiang Mai, utara Thailand iaitu kubu kuat Thaksin.

“Saya memakai topeng Thaksin untuk mendaftarkan diri sebagai calon kerana Thaksin memilih saya untuk bertanding di kawasan ini,” kata Suraphong.

Secara berterus-terang, Suraphong juga menekankan bahawa Thaksin merupakan penaung PPP.

Gimik yang dilakukan oleh Suraphong merupakan satu peringatan betapa kuatnya pengaruh bekas Perdana Menteri itu dalam arena politik Thailand walaupun beliau sudah lebih setahun mengundurkan diri sejak digulingkan pada September 2006.

Thaksin masih kekal sebagai seorang tokoh yang disegani walaupun beliau kini tinggal dalam buangan di England dan dilarang bergiat aktif dalam politik selepas partinya didapati bersalah kerana terlibat dalam penipuan pilihan raya.

Peringatan yang lebih signifikan ialah apabila tinjauan pendapat disiarkan pada hujung minggu lalu menunjukkan PPP muncul sebagai parti politik paling popular di kalangan rakyat Thailand.

Kebanyakan ahli PPP terdiri daripada bekas anggota pari Thai Rak Thai pimpinan Thaksin, yang kini dimansuhkan atas perintah mahkamah.

Tinjauan pendapat itu yang dijalankan oleh Universiti Suan Dusit Rajabhat pada 1 hingga 10 November lalu memberikan sokongan sebanyak 38.6 peratus kepada PPP dan 32.2 peratus untuk pencabar utamanya, Parti Demokrat.

– AP

0 Komentar untuk "Pengaruh Thaksin masih kuat di Thailand"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI