Bekas senator bersalah seks gadis bawah umur - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bekas senator bersalah seks gadis bawah umur

BANGKOK: Seorang bekas senator terkemuka Thailand yang dituduh melakukan jenayah seks ke atas empat gadis bawah umur dijatuhkan hukuman 36 tahun penjara semalam, apabila Mahkamah Rayuan menambah hukuman yang dikenakan Mahkamah Rendah.

Kes Chalerm Promlert menjadi skandal seks negara enam tahun lalu dan menjejaskan kredibiliti Parlimen Thailand.

Chalerm adalah Timbalan Speaker Senat ketika ditahan pada Januari 2001 selepas dituduh membayar bapa ayam untuk mencari gadis remaja untuknya bagi tujuan melakukan seks.

Dia didakwa membayar 4,000 baht (RM340) kepada setiap seorang remaja berkenaan untuk melakukan seks dengannya di hotel di Prathum Thani pinggir Bangkok.

Semua empat gadis berkenaan berusia bawah 15 tahun ketika itu. Mahkamah rendah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara ke atasnya.

Mahkamah Agung Prathum Thani dalam satu kenyataan berkata hakim yang bersidang berasa Chalerm perlu dihukum lebih keras kerana melanggar undang-undang ketika masih menjadi senator.

"Defendan amat sedar apa yang dia buat adalah jenayah serius," menurut kenyataan. Chalerm dibawa ke penjara selepas mahkamah menjatuhkan hukuman. � AP
0 Komentar untuk "Bekas senator bersalah seks gadis bawah umur"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI