BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

SEMAKIN banyak petunjuk membimbangkan tentang kebanjiran pendatang asing.

Ada kajian rambang mendakwa jumlah pendatang asing meliputi pendatang haram dan tinggal lebih masa mencecah hampir empat juta orang.

Apa pun, jumlah mereka bukan sahaja telah mengatasi anggota pasukan keselamatan iaitu tentera, polis dan Rela malah melebihi seluruh kakitangan awam di negara kita.

Awang melihat isu kebanjiran pendatang ini dalam konteks kedaulatan dan keselamatan nasional.

Sudah tentu juga ia berkait rapat dengan permasalahan sosial yang kian serius termasuk ancaman penyakit.

Semalam Dewan Rakyat diberitahu bahawa seramai 45,430 pekerja asing di Malaysia didapati gagal dalam ujian saringan kesihatan disebabkan pelbagai jenis penyakit antaranya hepatitis B, tibi, sifilis dan juga penagihan dadah.

Ini mengejutkan Awang kerana mereka sudah memperoleh sijil kesihatan Fomema dari negara asal mereka.

Apakah makna semua ini? Sekali lagi ia memperlihatkan betapa negara ini cukup mudah dimanipulasi oleh orang asing.

Awang – Makin sakit hati.

0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI