Dewan Perwakilan Filipina dibom, 2 maut - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dewan Perwakilan Filipina dibom, 2 maut


KEADAAN di kawasan sayap selatan Dewan Rendah Parlimen Filipina di Quezon City, pinggir Manila yang musnah selepas letupan bom yang menyasarkan anggota Kongres, malam tadi. – Reuters.

MANILA 13 Nov. – Sekurang-kurangnya dua maut dan 10 lagi cedera termasuk dua Ahli Parlimen apabila sebutir bom meletup di Dewan Perwakilan sejurus selepas mesyuarat Kongres, malam ini.

Mangsa yang maut ialah Ahli Parlimen, Wahab Akbar sementara identiti seorang lagi belum dikenal pasti.

Letupan pada pukul 8 malam (sama waktu dengan Malaysia) itu turut memusnahkan kawasan pintu masuk arah selatan di Kompleks Batasan tersebut.

Kejadian berlaku ketika anggota Dewan Rendah bersiap-sedia untuk pulang.

Speaker Dewan, Jose de Venecia turut mengesahkan letupan itu disebabkan oleh bom yang diletakkan di situ.

“Sebutir bom meletup di bahagian sayap selatan Kompleks Batasan dan ia merupakan tindakan para pengecut,’’ tegasnya.

Menurut de Venecia, beliau bernasib baik kerana telah meninggalkan tempat itu beberapa minit sebelum letupan berlaku.

– AFP

0 Komentar untuk "Dewan Perwakilan Filipina dibom, 2 maut"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI