Ieng Sary hadapi tribunal PBB -- Pemimpin Khmer Rouge didakwa lakukan jenayah kemanusiaan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Ieng Sary hadapi tribunal PBB -- Pemimpin Khmer Rouge didakwa lakukan jenayah kemanusiaan

PHNOM PENH 13 Nov. – Bekas Menteri Luar ketika rejim Khmer Rouge, Ieng Sary, 75, dan isterinya, Ieng Thirith hari ini didakwa secara rasmi oleh tribunal genosid Kemboja atas tuduhan melakukan jenayah kemanusiaan.

Sary turut didakwa atas kesalahan melakukan jenayah perang, tegas kenyataan yang dikeluarkan oleh tribunal itu.

Namun menurut pasangan tersebut, mereka memerlukan sedikit masa bagi menyediakan pembelaan terhadap pertuduhan itu serta meminta sebutan awal penahanan mereka ditangguhkan sehingga esok.

Mereka akan diletakkan dalam tahanan polis sehingga dibicarakan.

Penahanan mereka yang berlaku hanya selepas tiga dekad kejatuhan rejim Khmer Rouge disangsikan oleh ramai pihak yang menyangkal mereka dapat hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kerana usia yang semakin lanjut.

Menurut dokumen yang dibentangkan dalam tribunal pendakwaraya, Sary telah “memula dan menggalakkan” pembunuhan tersebut ketika rejim Khmer Rouge berkuasa.

Dokumen tersebut turut mempunyai bukti penglibatan Sary dalam perancangan, koordinasi dan arahan dalam menggunakan kekerasan, memaksa para buruh dan melakukan pembunuhan kejam sepanjang pemerintahan Khmer Rouge.

Bagaimanapun, Sary seperti rakannya yang lain tidak mengaku salah dalam semua tuduhan jenayah yang dikemukakan.

Pasangan itu ditahan awal pagi semalam selepas siasatan ke atas penglibatan mereka dalam jenayah berkenaan berjaya dikumpulkan oleh para penyiasat.

Tribunal berkenaan dimulakan tahun lalu selepas rundingan selama tujuh tahun antara PBB dan Kemboja untuk membawa pemimpin Khmer Rouge ke pengadilan.

– AP

0 Komentar untuk "Ieng Sary hadapi tribunal PBB -- Pemimpin Khmer Rouge didakwa lakukan jenayah kemanusiaan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI