‘Pervez mesti berundur’ - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

‘Pervez mesti berundur’

LAHORE 13 Nov. – Ketua pembangkang, Benazir Bhutto hari ini mendesak Presiden Pervez Musharraf meletak jawatan dan menyatakan keengganan untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pervez terus berkuasa.

Benazir sebelum ini telah beberapa kali meminta Pervez meletak jawatan sebagai ketua tentera tetapi ini adalah yang pertama beliau mendesak Pervez melepaskan kedua-dua jawatan itu.

“Sudah tiba masanya untuk beliau pergi. Pervez mesti meletakkan jawatan Presiden dan juga sebagai ketua tentera negara ini,” kata Benazir.

Benazir turut menyuarakan kemungkinan mengadakan pakatan dengan pemimpin politik lain termasuk seorang lagi bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

“Saya mahu berbincang dengan kesemua mereka dan membina perikatan dengan satu agenda yang sama iaitu mengembalikan demokrasi,” ujar beliau.

Benazir dan Nawaz masing-masing pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali antara tahun 1988 dan 1999 sebelum hidup dalam buangan.

“Saya tidak akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sekiranya Pervez masih menjadi Presiden kerana walaupun saya mahu bekerja dengannya, rakyat tidak akan memberi sokongan.

“Tidak bangkit persoalan sama ada ia akan kembali seperti sebelum ini kerana sesiapa yang terlibat dengan Pervez akan tercemar,” tegasnya lagi.

Beliau sebelum ini merancang mengadakan perarakan sejauh 270 kilometer dari Lahore ke Islamabad bagi mendesak Pervez berundur, menamatkan perintah darurat dan memulihkan perlembagaan.

– Reuters

0 Komentar untuk "‘Pervez mesti berundur’"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI