Howard dedah jadual persaraan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Howard dedah jadual persaraan

SYDNEY 13 Nov. – Perdana Menteri, John Howard buat pertama kalinya hari ini mendedahkan jadual persaraan beliau sekiranya memenangi pilihan raya minggu depan.

Howard, 68, memberitahu stesen ABC bahawa beliau akan berundur dari jawatan itu dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Menteri Kewangan, Peter Costello sekitar 18 bulan atau dua tahun dari penggal perkhidmatan beliau selama tiga tahun.

Howard yang berkuasa sejak 11 tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan hasrat yang sama sekiranya dipilih semula pada pilihan raya 24 November ini.

Ketua parti pembangkang utama Australia iaitu Parti Buruh, Kevin Rudd dalam ulasan terbaru beliau turut mengkritik kenyataan Howard itu sebagai tidak boleh dipercayai.

“Beliau telah mengesahkan persaraan hari ini dan kini ada suara-suara sumbang yang mengatakan ia akan dijalankan setelah setahun setengah atau dua tahun dalam penggal baru.

“Ini menunjukkan Howard tidak mempunyai tanggungjawab dalam menunaikan janji kempen pilihan raya kerana beliau tidak lagi berkuasa ketika ia mula dilaksanakan,” tegas Rudd lagi.

Persaingan antara Howard dan Rudd kini dianggap sebagai “saling meniru” kerana menabur janji yang sama seperti potongan cukai, wang untuk warga emas dan tumpuan terhadap pendidikan dan penjagaan kanak-kanak.

Kedua-duanya telah membuat janji pilihan raya yang bakal memakan belanja A$50 bilion (RM149 bilion) yang mana Howard mendedahkan tambahan A$9.4 bilion (RM28 bilion) untuk keluarga kelas pertengahan negara itu selama lima tahun.

– Agensi

0 Komentar untuk "Howard dedah jadual persaraan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI