Prof Datuk Dr Zaini Ujang
PENARAFAN adalah lumrah dalam era globalisasi. Setiap tahun Malaysia turut ditarafkan dari pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa. Dari aspek ekonomi, penarafan sesebuah negara biasanya dilakukan berasaskan kepada indikator Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kuasa membeli, pertumbuhan ekonomi tahunan, taraf hidup, saiz eksport, imbangan pembayaran, kadar inflasi dan sebagainya. Semakin tinggi kedudukan sesebuah negara dalam senarai penarafan itu, semakin tinggi pula status dalam konteks kemajuan berbanding negara lain.
Selain aspek ekonomi, kita juga sering dinilai dari aspek kualiti hidup. Selama ini data-data berasaskan KDNK adalah kaedah paling meluas digunakan untuk menilai kualiti hidup atau kebajikan masyarakat. Apa pun, kualiti hidup tidak sepenuhnya berpaksikan kewangan. Pada 1990, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan Indeks Pembangunan Manusia (IPM) yang menggabungkan indikator pendidikan (tahap literasi), kesihatan (purata hayat) dan ekonomi (pendapatan). Pada tahun berikutnya, purata jangkamasa persekolahan turut diambilkira dalam indeks itu.
Penarafan mengenai IPM mengambil kira skop pembangunan lebih luas berbanding KDNK atau taraf hidup semata-mata. Berdasarkan KDNK perkapita, sebagai contoh, Luxembourg menduduki tangga teratas diikuti Bermuda, Norway, Iceland dan Switzerland (The Economist Pocket World in Figures, 2008 Edition). Malaysia tidak termasuk dalam senarai 70 kedudukan teratas. Penarafan IPM pula menunjukkan Norway, Iceland, Australia, Ireland dan Sweden pada kedudukan teratas sementara Malaysia pada kedudukan 56.
Sejak 2004, penarafan turut dilakukan terhadap institusi pengajian tinggi untuk menunjukkan keupayaan intelektual dan iklim kesarjanaan di sesebuah negara. Penarafan ini dilakukan Times Higher Education Supplements (THES) dengan menyenaraikan 500 universiti terbaik dunia. Dalam 10 senarai teratas ialah Harvard (Amerika Syarikat, AS), Cambridge (United Kingdom, UK), Oxford (UK), Yale (AS), Imperial College London (UK), Princeton (AS), CalTech (AS), Chicago (AS), University College London (UK) dan MIT (AS). Universiti di Malaysia agak jauh di bawah. UM menduduki tangga 246, UKM dan USM 307, UPM 364 dan UTM 415.
Dalam 200 senarai universiti terbaik dunia pula, 56 dari AS, 32 UK, 12 Australia, 11 Belanda dan 11 Jepun. Dari senarai 20 teratas pula, 12 dari AS, 4 UK, 1 Kanada, Australia, Jepun dan Hong Kong. Ini menunjukkan AS dan UK adalah negara paling subur bagi pembangunan intelektual dilatari iklim kesarjanaan yang stimulatif.
Dalam bidang alam sekitar, penarafan semakin kerap dilakukan menggunakan petunjuk dan model berbeza. Disebabkan komponen alam sekitar luas maka kaedah penarafan dilakukan secara khusus kepada sesuatu komponen alam sekitar. Dari aspek peningkatan suhu bumi misalnya, indikator utama ialah pembebasan gas karbon dioksida. Maka sistem penarafannya merujuk pengeluaran karbon dioksida atau pembebasan karbon dioksid berbanding KDNK.
Berasaskan data 2004, kedudukan teratas sebagai negara paling menyumbang kepada peningkatan suhu bumi ialah AS dengan 5.91 bilion tan, diikuti China 4.71, Russia 1.68, Jepun 1.26 dan India 1.11. Namun demikian, jika diolah secara perkapita, Emiriah Arab Bersatu menduduki tangga teratas dengan 55.9 tan, disusuli Qatar 46.3, Bahrain 33.5, Kuwait 30.9 dan Trinidad dan Tobago 30.
Selain itu, penarafan alam sekitar turut dilakukan terhadap peratus kawasan simpan dilindungi; diungguli Venezuela 34.2 peratus, Bhutan 29.6 peratus, Jerman 29.3 peratus, Switzerland 28.7 peratus dan Belize 28.6 peratus.
Menyedari kelemahan sistem penarafan terlalu spesifik itu, maka penarafan alam sekitar dilakukan secara lebih komprehensif menggunakan Indeks Pencapaian Alam Sekitar (EPI), dimulakan pada 2006. Malaysia menduduki tangga kesembilan dari 133 negara. Mendahului Malaysia ialah New Zealand, Sweden, Finland, Republik Czech, UK, Austria, Denmark dan Kanada. Negara Jepun di tempat ke-14, Switzerland (16), Jerman (22), Taiwan (24), Belanda (27), AS (28), Indonesia (79) dan China (94).
EPI dijalankan dua buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat, iaitu Universiti Yale dan Columbia (www.yale.edu/epi). Indeks itu dinilai berdasarkan kepada dua objektif pengurusan alam sekitar, iaitu pengurangan kesan alam sekitar kepada kesihatan manusia dan pengurusan ekosistem lestari, selaras dengan Matlamat Pembangunan Alaf 21 (MDG), dirangka PBB. Enam kategori dinilai iaitu kesihatan alam sekitar, kualiti udara, sumber air, kepelbagaian biologi dan habitat, sumber asli produktif dan kelestarian tenaga.
Selain EPI, inisiatif sedang dilakukan untuk menilai komitmen kehidupan lestari yang diukur menggunakan analisis ecological footprint atau tapak ekologi. Analisis tapak ekologi bertujuan untuk mengukur permintaan sumber alam (air, mineral, kayu, bahan binaan, biojisim dan sebagainya) dengan membandingkan terhadap keupayaan ekosistem untuk menghasilkannya semula (regenerasi) menggunakan unit global hektar (gha).
Secara purata, setiap orang di dunia diperuntukkan 1.9 gha perkapita bagi pembangunan lestari. Ketika ini tapak ekologi paling besar (menandakan kehidupan tidak lestari) ialah di Amerika Syarikat iaitu 9.5 gha perkapita, berbanding Switzerland 4, Malaysia 1.7 dan China 1.5.
Sebagai rumusan semua kaedah dan skop penarafan itu mempunyai kelemahan dan kebaikannya. Sebagai negara yang berwawasan jauh dan bervisi besar menjadi maju dalam acuan sendiri, maka Malaysia wajar mengambil kira indikator utama dalam setiap penarafan. Dari segi alam sekitar, Malaysia nampaknya berada pada kedudukan selesa tetapi kita perlu terus berusaha untuk memperbaiki bukan saja mata tangga penarafan malah polisi, sistem dan insfrastruktur berkaitan.
Penarafan sudah menjadi indikator lumrah (biarpun tidak menentukan kualiti secara mutlak) dalam dunia tanpa sempadan, persaingan global dan ekonomi berasaskan pengetahuan. Penarafan itu juga boleh dijadikan sumber inspirasi untuk memacu pelaksanaan dasar baru dan pelaburan besar dalam sesuatu sektor bagi mempercepatkan inisiatif 'mengangkasa bangsa' cemerlang, gemilang dan terbilang.
Prof Datuk Dr Zaini Ujang adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
Sidang Kemuncak Asean ke-13 kali ini, dilihat amat penting kerana ia diadakan sempena ulang tahun ke-40 penubuhan Asean. Apa harapan Malaysi...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/05/konsep-wasiat-wajibah-suatu-pengenalan.html http://blog.pintarpusaka.com/p/wasiat.html BA...
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
Nizar akan saman Sultan Perak - Saksi KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang wartawan RTM memberitahu Mahkamah Tinggidi sini hari ini bahawa bekas M...
-
SWOT MATRIX KEKUATAN ( STRENGTH ) 1. Pengurusan dari pegawai perkhidmatan yang cekap dan ...
-
SHAH ALAM - Pas kini berada dalam kedudukan sangat penting untuk menentukan kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrah...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "Minda Lestari: Penarafan mengangkasa bangsa cemerlang"