Bongkar kekejaman Khmer Rouge – Media - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bongkar kekejaman Khmer Rouge – Media

PHNOM PENH 13 Nov. – Penangkapan bekas ketua Khmer Rouge yang memainkan peranan dalam pembunuhan beramai-ramai di Kemboja serta pernah dikatakan kebal undang-undang disambut baik media tempatan hari ini.

Ieng Sary yang pernah memegang jawatan Menteri Luar Khmer Rouge, dan isterinya, Ieng Thirith yang mengetuai Kementerian Perhubungan Sosial ketika itu, dihadapkan ke tribunal genosid Kemboja semalam atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.

Akhbar Koh Santepheap menyatakan penangkapan pasangan itu menunjukkan `sejarah’ tidak dapat memaafkan mereka di atas penglibatan dalam pembunuhan ramai penduduk negara ini sekitar 1970-an.

“Mereka adalah antara pihak bertanggungjawab membawa negara ini ke arah kehancuran dengan membunuh semua individu yang dianggap sebagai musuh atau tidak boleh mereka percayai,” tegas lidah pengarang akhbar tersebut.

Penangkapan Sary dan isterinya menjadikan empat pemimpin rejim Khmer Rouge ditahan oleh tribunal tersebut setakat ini dengan perbicaraan dijangka bermula tahun depan.

Banyak pihak semakin khuatir semua suspek yang mengetuai Khmer Rouge mungkin tidak sempat didakwa memandangkan kebanyakan daripada mereka sudah terlalu tua sementara penangkapan hanya mula dibuat selepas 30 tahun rejim itu dijatuhkan.

Sementara itu, akhbar Kampuchea Thmey melaporkan, Sary dengan tanpa rasa malu telah menafikan sebarang penglibatan atau tahu menahu mengenai pembunuhan oleh rejim tersebut.

“Kini peluang untuk mereka membongkar semua yang dirahsiakan telah tiba atau mereka boleh cuba membebaskan diri daripada semua tuduhan itu.

“Walaupun rakyat Kemboja mahukan keadilan, mereka juga mahu memahami mengapa ketua-ketua Khmer Rouge mencipta sebuah rejim yang begitu kejam sehingga sanggup mengorbankan rakyat negara ini,” lapor akhbar itu.

– AP

0 Komentar untuk "Bongkar kekejaman Khmer Rouge – Media"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI