Pengiktirafan Rusia untuk ejen Britain berpaling tadah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pengiktirafan Rusia untuk ejen Britain berpaling tadah

MOSCOW 13 Nov. – Badan perisikan Rusia semalam memberi penghormatan kepada beberapa ejen risikan paling penting era-Soviet, lima bulan selepas Ratu Elizabeth II memberikan penghormatan kepada Oleg Gordievsky yang membelot dan lari ke Britain pada 1985.

George Blake, antara ejen talam dua muka Kesatuan Soviet ketika zaman Perang Dingin menerima penghormatan di atas kejayaannya mengkhianati badan perisikan MI6 dan menyampaikan maklumat musuh kepada Soviet.

Tindakan oleh Perkhidmatan Risikan Asing yang memuji Blake di dalam kenyataan yang diterbitkan media tempatan semalam juga dilihat sebagai usaha meningkatkan semangat patriotisme rakyat Rusia menjelang pilihan raya 2 Disember ini.

Kejayaan terbesar Blake adalah ketika dia memaklumkan pihak Soviet tentang sebuah terowong yang digali pihak Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke kawasan Berlin Timur pada 1950-an bagi mengintip komunikasi tentera Soviet.

Hasil maklumat itu, tentera Soviet berjaya menipu tentera di Barat dengan menyalurkan maklumat komunikasi palsu untuk hampir satu tahun.

Blake juga dikatakan berjaya mendedahkan identiti ramai ejen risikan Barat sebelum dia ditangkap MI6 pada 1961 dan dihukum penjara selama 42 tahun.

Dia berjaya melepaskan diri dari penjara di London lima tahun kemudian dan melarikan diri ke Kesatuan Soviet sebelum dilantik sebagai kolonel KGB.

– AP

0 Komentar untuk "Pengiktirafan Rusia untuk ejen Britain berpaling tadah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI