Pakistan: AS semakin hilang sabar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pakistan: AS semakin hilang sabar

WASHINGTON 16 Nov. – Amerika Syarikat (AS) semakin tidak sabar dengan kegagalan Presiden Pervez Musharraf untuk menarik balik perintah berkurung dan meletak jawatan sebagai ketua tentera.

Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates menyatakan keberkesanan Pervez sebagai sekutu AS dalam kempen memerangi keganasan kini semakin diragui.

Gates menegaskan, Pervez mesti menarik balik perintah berkurung dan berundur sebagai ketua tentera secepat mungkin.

“Keupayaan Pervez untuk terus menjadi rakan dalam kempen memerangi keganasan kini banyak bergantung kepada perkembangan di Pakistan dalam tempoh beberapa minggu akan datang,” kata Gates pada satu sidang media di Pentagon.

Beberapa pegawai kanan kerajaan AS yang dipetik oleh akhbar New York Times (NYT) berkata, mereka semakin bimbang Pervez akan tumbang dan Washington perlu menimbangkan usaha untuk mengatur rancangan alternatif dengan pegawai elit tentera Pakistan.

Timbalan Setiausaha Negara, John Negroponte tiba di Islamabad hari ini untuk mengemukakan tuntutan Washington.

Beliau merupakan pegawai tertinggi AS yang melawat Pakistan sejak Pervez mengisytiharkan darurat pada 3 November.

Jurucakap Jabatan Negara, Sean McCormack berkata, Pervez perlu mengembalikan Pakistan ke landasan demokrasi berperlembagaan.

Beliau turut menyangkal laporan NYT bahawa pentadbiran AS telahpun menimbangkan rancangan alternatif jika Pervez disingkirkan.

– AFP

0 Komentar untuk "Pakistan: AS semakin hilang sabar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI