Polis India tumpas cubaan culik Rahul Gandhi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Polis India tumpas cubaan culik Rahul Gandhi

LUCKNOW: Polis India menggagalkan cubaan kumpulan disyaki militan, untuk menculik Rahul Gandhi, anggota Kongres dan waris dinasti keluarga Nehru-Gandhi.

Stesen televisyen India, NDTV melaporkan tiga militan merancang menculik Rahul yang berusia 37 tahun itu yang mahu dijadikan umpan bagi pembebasan ramai rakan mereka yang ditahan.

Polis bagaimanapun enggan mengesahkan identiti ahli politik menjadi sasaran anggota militan yang ditahan semalam selepas menerima maklumat orang ramai dekat Lucknow, ibu kota wilayah Uttar Pradesh.

Ditanya jika Rahul adalah sasarannya, pegawai kanan polis Vikram Singh, berkata:

“Saya enggan mengulas berhubung nama itu. Tetapi mereka mahu menculik pemimpin politik yang amat penting...bagi mendapatkan desakan antarabangsa agar membebaskan 42 rakan mereka yang ditahan.

“Mereka sudah berlatih selama seminggu bagi mendapatkan teknik menculik ahli politik itu dan cara melepaskan diri selepas melakukan jenayah itu.”

Pihak berkuasa mendakwa militan terbabit menganggotai kumpulan berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammed yang memerangi pentadbiran India di wilayah rebutan dua negara, Kashmir.

Rahul dan adiknya, Priyanka adalah anak Sonia Gandhi, balu Rajiv Gandhi dan menjadi antara orang kenamaan dan ahli politik yang sememangnya dikawal ketat.

Awal tahun ini, keselamatan diri Rahul diperketat selepas Kementerian Dalam Negeri mendakwa menerima amaran kemungkinan serangan kumpulan al-Qaeda. - AFP

Bapanya, Rajiv, mati dibunuh pengebom bunuh diri yang juga gerila Harimau Pembebasan Tamil (LTTE) yang aktif di Sri Lanka, ketika beliau berkempen di Tamil Nadu pada 1991. - AFP
0 Komentar untuk "Polis India tumpas cubaan culik Rahul Gandhi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI