DI LEMBAH Klang, kedai gunting rambut Melayu semakin pupus. Yang kian banyak muncul ialah kedai gunting rambut bukan Melayu yang menggajikan warga asing.
Disebabkan pilihan yang kian terhad, Awang pernah beberapa kali gunting rambut di kedai-kedai berkenaan dan merasa cukup terganggu.
Kebanyakan tukang gunting ini tidak memahami bahasa kebangsaan. Mereka pula tidak sensitif dengan budaya dan nilai-nilai tempatan.
Antaranya warga asing ini memainkan lagu dan siaran radio bahasa mereka walaupun lebih 90 peratus pelanggan adalah orang Melayu. Begitu juga dengan aspek kebersihan dan keceriaan yang kurang memuaskan.
Selalu Awang ligat memikirkan apa sudah jadi dengan kedai gunting Melayu, yang suatu ketika dulu begitu banyak?
Maka Awang menyokong langkah Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim mahu melaksanakan program melahirkan lebih ramai tukang gunting rambut rakyat tempatan.
Rasanya mesej Shahidan kepada semua cukup jelas. Gembleng sumber tenaga tempatan daripada orang muda hingga golongan pesara tanpa ghairah kepada pekerja asing.
Awang – Suka semangat Shahidan.
0 Komentar untuk "BISIK-BISIK AWANG SELAMAT"