500 maut korban Ribut Tropika Sidr - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

500 maut korban Ribut Tropika Sidr

DHAKA: Ribut Tropika Sidr mengorbankan lebih 500 orang di Bangladesh lewat kelmarin selepas mencetuskan ombak besar setinggi lima meter yang memusnahkan tiga bandar utama di pesisiran pantai yang didiami kira-kira 700,000 orang, kata pihak berkuasa semalam.

Pihak berkuasa tempatan dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah mengesahkan kematian 508 setakat ini manakala beribu-ribu lain pula cedera atau hilang berikutan angin kencang selaju 250 kilometer sejam. Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Penyelarasan Tugasan Kemanusiaan di Geneva berkata 1,000 nelayan dilaporkan hilang.

Hampir sejuta penduduk di 13 kawasan berpindah dan kawasan sekitar pesisiran pantai di selatan Bangladesh paling teruk terjejas apabila angin kencang berkenaan meranapkan rumah diperbuat daripada buluh dan zink.


Kebanyakan mangsa mati akibat dihempap pokok, runtuhan rumah serta lemas. Mangsa yang terselamat masih tergamam dengan kemusnahan besar ditinggalkan angin kencang itu ketika kerajaan berhempas pulas menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terbabit.

Kebanyakan mangsa mati akibat dihempap pokok, runtuhan rumah serta lemas. Mangsa yang terselamat masih tergamam dengan kemusnahan besar ditinggalkan angin kencang itu ketika kerajaan berhempas pulas menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terbabit.

“Angka kematian meningkat dengan cepat selepas kami mendapat maklumat dari kawasan terjejas,” kata pegawai di Kementerian Bencana dan Makanan.


Bandar Patuakhali, Barguna dan Jhalakathi dilanda ombak malam kelmarin sehingga memutuskan hubungan komunikasi. Seorang pegawai kerajaan di Dhaka berkata, mereka tidak mempunyai maklumat mengenai kematian di kawasan terbabit.

Pihak berkuasa berkata, lebih 300 orang disahkan terbunuh manakala beratus-ratus yang lain cedera atau hilang akibat hujan ribut yang melanda negara itu dengan membawa angin selaju 250 km sejam.

“Angka kematian akan terus meningkat,” kata seorang pegawai di Barisal, salah satu daerah yang paling teruk terjejas.

Kementerian Dalam negeri di Dhaka berkata, beberapa daerah masih tidak dapat dihubungi berikutan talian telefon dan komunikasi terputus.

“Hujan ribut menyebabkan kekecohan di semua daerah di tepi pantai,” kata seorang pegawai.

Ribut tropika kerap menyebabkan kemusnahan di Bangladesh. Ombak kuat di kebanyakan daerah menghanyutkan beratus-ratus rumah dan memusnahkan tanaman selain membunuh ternakan. - Reuters/AFP/AP
0 Komentar untuk "500 maut korban Ribut Tropika Sidr"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI