Oleh Misiah Taib
“TAHNIAH Tok Ali (Datuk Seri Mohd Ali Rustam). Sepatutnya Tok Ali yang mendapat Anugerah Mansyur Shah (gelaran tertinggi Dunia Melayu Dunia Islam)... saya tak payahlah. Saya Pak Lah Badawi... dah cukup dah”.
Kata-kata spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejurus memulakan ucapan ketika merasmikan Konvensyen DMDI ke-8 di Melaka, kelmarin disambut gelak ketawa hadirin.
Begitulah Pak Lah, tidak suka meninggi diri, sentiasa bersikap sederhana dan sentiasa menceriakan suasana sehingga setiap rakyat berasa begitu selesa dan rapat dengannya. Tidak hairanlah ribuan hadirin sanggup berbaris panjang untuk bersalaman dengan Pak Lah setibanya di Hotel Holiday Inn Melaka, tempat berlangsungnya konvensyen berkenaan, petang kelmarin. Beberapa wartawan Indonesia yang hadir membuat liputan turut bersalaman sambil meminta tandatangan Pak Lah.
Ini kali kedua beliau merasmikan konvensyen DMDI, kali pertama atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri, pada 2001. Ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Melaka yang juga Presiden DMDI itu adalah atas kejayaan DMDI melaksanakan program demi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam di 13 negara anggota DMDI.
Bagi Perdana Menteri yang juga Presiden Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), laporan kejayaan program DMDI melambangkan kesungguhan perjuangan badan itu, kerana di sebalik nama perjuangan itu ada idealisme, ada kesungguhan serta usaha gigih bagi mencapai matlamat yang digariskan.
“Itulah yang menggembirakan saya pada hari ini (kelmarin), apa lagi konvensyen kali ini menekankan kepada tema Islam Hadhari serta Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Ada sebabnya mengapa saya mahu sentiasa ada dalam pemikiran kita cemerlang, gemilang dan terbilang.
“Kalau ini sentiasa ada dalam pemikiran kita maka ia akan jadi satu pendorong untuk kita memenuhi apa yang dikatakan cemerlang, gemilang dan terbilang. Bagi satu bangsa, bagi satu tamadun, kalau hendak wujud selama-lamanya mestilah relevan dan mesti sanggup mengejar matlamat yang lebih tinggi lagi, yang terus naik lagi tinggi,” kata Pak Lah.
Bagi Pak Lah sesuatu bangsa itu akan diiktiraf, dikenali dan menerima kemuliaan kerana sudah ada pengiktirafan mengenai kejayaan mereka, maka akan diletakkan bangsa itu pada satu posisi lebih tinggi dan lebih dihormati.
Kejayaan DMDI penting kerana ia mewakili 300 juta penduduk Melayu dan Islam di 13 negara iaitu 17 peratus daripada jumlah penduduk Islam dunia yang berjumlah 1.8 bilion, membuktikan potensi saiz pasaran yang menjadi kuasa politik-ekonomi yang strategik bagi DMDI dan ia wajar dimanfaatkan.
Silaturahim di kalangan ahli DMDI menjadi lebih mantap dengan tertubuhnya Sekretariat DMDI yang beribu pejabat di Melaka dan di setiap negara, negeri dan wilayah yang menjadi ahli DMDI dan ini dimanfaatkan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengangkat martabat DMDI ke tahap Melayu-Islam yang unggul.
Tok Ali berkata, sembilan bidang yang digerakkan oleh biro masing-masing adalah kebudayaan, pendidikan, dakwah, ekonomi, belia, pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sains dan teknologi serta wanita. Khusus ke arah membina umat Melayu-Islam yang unggul, DMDI juga memilih pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan Pak Lah dengan mengutamakan prinsip keempat iaitu pembangunan modal insan.
Pembangunan modal insan diberi keutamaan kerana DMDI menyedari ramai penduduk negara Islam buta huruf dan miskin iaitu satu pertiga, berbanding hanya satu peratus buta huruf dan lima peratus kemiskinan di Jepun.
Ketua Menteri berkata, DMDI melaksanakan program pembangunan modal insan melalui beberapa kaedah yang didasari oleh ‘Blue Ocean Strategy’ yang dipopularkan Pak Lah dengan fokus utama program bagi membina keupayaan, memantapkan kompetensi, meningkatkan daya kreativiti dan inovasi supaya mampu memberikan nilai tambah dan seterusnya mengukuhkan daya saing.
“Antara kaedah itu ialah menjalin perkongsian bestari di kalangan pusat pengajian tinggi (IPT), menaja pelajar miskin, menghantar guru untuk mengajar dan menganjurkan latihan industri. Sebagai contoh, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) melaksanakan program perkongsian pintar dengan Fakulti Perubatan Universiti Sriwijaya, Sumatera Selatan, dengan kini seramai 34 penuntut sedang belajar di KTIAM dan 22 pelajar pula ditempatkan di Universiti Sriwijaya.
“Melalui kerjasama antara KTIAM dan Universiti Al-Azhar, Mesir pula, seramai 81 pelajar mengikuti pengajian dalam bidang tahfiz, syariah dan usuluddin di sana dan 13 pelajar sedang mengikuti kursus dalam bidang perubatan di Universiti Al Azhar dan Ain ul Syam, Mesir,” kata beliau.
Hasil kesungguhan DMDI dalam melaksanakan programnya juga turut menyaksikan 30 pelajar dari keluarga miskin dari Kemboja, Sri Lanka dan Yaman sedang belajar di KTIAM dengan perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Melaka. Pada masa sama kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Islam (MAIM) turut mengurus dan menanggung persekolahan serta makan minum anak-anak yatim mangsa tsunami dengan membina Rumah Anak Yatim Tsunami Melaka di Aceh bernilai RM750,000.
Ke arah memantapkan keupayaan berbahasa Melayu dan memahami budaya Melayu, DMDI menghantar seorang guru untuk membimbing 200 pelajar dalam kedua-dua bidang berkenaan. Program serupa akan dilaksanakan di Filipina, Kemboja dan Sri Lanka. Pada Ramadan lalu, 30 Imam Muda dari China mempelajari bahasa Arab dan menjalani latihan praktikal di KTIAM selama sebulan.
Bagi tempoh empat tahun lalu, DMDI menguruskan 450 belia dari Sumatera Barat, Utara dan Selatan untuk menjalani latihan industri dengan kerjasama Syarikat Cubic. Kolej DMDI pula beroperasi pada 14 Julai lalu dengan seramai 126 penuntut. Kolej ini memberi peluang kepada ahli DMDI untuk membina keupayaan dan memperkasakan kompetensi masing-masing.
Tok Ali berkata, sepanjang lapan tahun lalu, DMDI berjaya memantapkan programnya di semua sembilan bidang yang digariskan dan bagi mengangkat martabat DMDI ke tahap lebih tinggi tema ‘Memperkasa DMDI Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang’ dipilih bagi konvensyen kelapan itu.
Sempena konvensyen itu juga 16 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM96 juta ditandatangani bagi pihak Melaka, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. Ia membabitkan bidang biotek, hartanah, ICT, kebudayaan, pasar raya, pelancongan, pemasaran, pengangkutan, perhotelan, pendidikan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "DMDI tumpu usaha bangunkan modal insan"