Thaksin guna bola sepak campuri urusan politik Thai - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Thaksin guna bola sepak campuri urusan politik Thai

BANGKOK 16 Nov. – Hari terakhir penamaan calon pilihan raya Thailand pada 23 Disember ini, telah dibayangi oleh ucapan melalui video oleh bekas Perdana Menteri yang juga pemilik baru kelab bola sepak Inggeris, Manchester City, Thaksin Shinawatra.

Video yang dihantar sempena pengambilan tiga pemain bola sepak tempatan ke pasukan Inggeris itu, menampilkan Thaksin membuat ucapan secara tersirat mengutuk jeneral tentera yang merampas kuasa pada September tahun lalu.

“Saudara sekalian, ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya memimpin kerajaan yang menggalak dan melindungi pilihan raya bebas dan adil.

“Menjelang pilihan raya Disember ini, saya berharap junta tentera dan kerajaan baru kelak akan melakukan seperti saya dengan memimpin semua rakyat dan bukannya pihak tertentu sahaja,” katanya.

Sidang video itu turut dihadiri tiga orang anaknya dan pengurus Manchester City, Sven Goran Eriksson.

Meskipun Thaksin menegaskan pembelian pasukan itu yang melibatkan kos AS$164 juta (RM554.42 juta) adalah kerana minatnya pada bola sepak, tetapi tindakan terbarunya ini membuktikan Manchester City kini menjadi strategi licik beliau untuk terus berhubung dengan rakyat Thai yang sememangnya gilakan sukan itu.

Ahli parti Thaksin kini terpaksa membentuk Parti Kuasa Rakyat (PPP) setelah parti Thai Rak Thai (Rakyat Thai Cintakan Thai) dibubarkan oleh junta dengan menyaksikan 111 ahli tertinggi parti itu diharamkan bergiat dalam arena politik negara ini dalam tempoh lima tahun.

Sementara itu, akhbar tempatan membidas tindakan Thaksin bermain politik dalam sukan bola sepak negara walaupun memuji pengambilan bakat bola sepak tempatan ke arena sukan antarabangsa.

– Reuters

0 Komentar untuk "Thaksin guna bola sepak campuri urusan politik Thai"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI