KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SELASA 07 JULAI 2009 - Jaringan Syakir, Zack pastikan Harimau Muda kukuh di persada - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SELASA 07 JULAI 2009 - Jaringan Syakir, Zack pastikan Harimau Muda kukuh di persada

Jaringan Syakir, Zack pastikan Harimau Muda kukuh di persada

Oleh Rizar Mohd Noor, Hamid Salleh dan Nazri Abu Bakar
bhusukan@bharian.com.my


Wan Zack Haikal Wan Nor

KETIADAAN aksi pencabar terdekat, T-Team menyaksikan pendahulu Liga Perdana, Harimau Muda memanfaatkan kelebihan itu untuk menjarakkan kedudukan kepada lapan mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Melaka di tempat lawan, malam tadi.

Jaringan Mohd Syakir Ali pada minit ke-75 dan Wan Zack Haikal Wan Nor lapan minit kemudian mengecewakan penonton setia Melaka di Stadium Hang Tuah.

Namun T-Team berupaya merapatkannya kembali kepada lima mata menerusi kemenangan ke atas Sabah selepas perlawanan mereka ditangguhkan semalam.

Sabah jelas bernasib baik T-Team tidak diberikan kemenangan percuma berikutan kesukaran pasukan Borneo itu untuk mendapatkan tiket ke negeri Pantai Timur itu.

Pengurus T-Team, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah setuju dengan permohonan menangguhkan perlawanan itu yang disampaikan kepada pihaknya ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Penangguhan itu juga membenarkan Johor merapatkan jurang kepada dua mata di belakang T-Team apabila meraih kemenangan 4-1 ke atas Sarawak di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Rentak kemenangan Johor bermula dengan jaringan Norizam Salaman pada minit ke-27 hasil sepakan kencang di dalam kotak penalti sebelum Sairozi Daud menambah duka pelawat menerusi jaringan pada minit ke-36 sebelum pelawat merapat jurang gol menerusi Joseph Kallang pada minit akhir babak pertama.

Namun Hardi Ahmad menambah duka pelawat selepas mencipta jaringan pada minit ke-71 sebelum Jaszarin Jamaludin mengesahkan tiga mata buat Johor menerusi jaringan tatkala aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan.




Harimau Muda terus mengaum


Pemain Shahzan Muda, Khairul Jasri Salleh (kiri) diasak pemain Proton FC, Faizal Mansur pada saingan bola sepak Liga Perdana di Kuala Lumpur, malam tadi. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


KUALA LUMPUR - Pasukan Harimau Muda mengukuhkan cengkamannya selaku pendahulu bola sepak Liga Perdana selepas membenam Melaka 2-0 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Kemenangan ke-17 daripada 19 perlawanan musim ini, membolehkan skuad bawah 19 tahun kebangsaan itu menerajui liga dengan 52 mata.

Harimau Muda yang dibimbing oleh jurulatih, Ong Kim Swee kini jauh meninggalkan pencabar terdekat, T-Team dengan kelebihan lapan mata.

Hasrat T-Team untuk merapatkan jurang tidak tidak kesampaian apabila pertemuan dengan Sabah yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu dibatalkan pada saat akhir.

Media dimaklumkan, pembatalan tersebut berpunca daripada kegagalan pasukan Sabah mendapat tiket penerbangan di saat akhir.

Johor sebaliknya terus mengekori dua pasukan teratas selepas mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Sarawak di Stadium Hassan Yunos.

Keempat-empat gol tuan rumah dijaringkan Norizam Salaman (minit ke-23), Mohd. Sairozi Daud (36), Mohd. Hardi Ahmad (71) dan Jazarin Jamaluddin, pada minit ke-87. Gol tunggal Sarawak disempurnakan oleh Joseph Kalang, minit ke-44.

Dalam satu lagi perlawanan, Kuala Lumpur mengukuhkan kedudukan di tangga keempat selepas menundukkan PKNS Selangor 2-0 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Di Stadium KLFA, Cheras, Felda United menumpaskan wakil Pulau Pinang, SDM Kuala Batas 3-1, terima kasih kepada jaringan Hasmawi Hassan pada minit pertama, diikuti Khairul Izwan Khalid (m-62) dan Mohd. Hazshafiq Hamzah (m-63). Gol SDM pula dijaringkan Azman Nizam Abdullah pada minit ke-24.

Di Stadium Darul Makmur, Shahzan Muda hanya mampu seri 1-1 dengan Proton FC.

Shahzan membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, G. Mahathevan pada minit ke-32, tetapi Proton menyamakan kedudukan menerusi Mohd. Khairul Akhyar Husain, minit ke-79.

0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA PERDANA : SELASA 07 JULAI 2009 - Jaringan Syakir, Zack pastikan Harimau Muda kukuh di persada"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI