5 strategi utama Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Najib - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

5 strategi utama Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Najib

SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.

Mendaya Modal Insan Bumiputera

* Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran

* Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)

* Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil

* Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan

* Memperluaskan  Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)

Memantapkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat

* Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham

* Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)

Memperkukuhkan Pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera

* Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia

* Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

* Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri

* Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah

* Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera

Memperhebatkan Keusahawanan Dan Perniagaan Bumiputera

* Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB

* Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta

* Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta

* Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor (VDP)

* Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank

* Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)

* Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

* Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk bumiputera

* GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan

* Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih

* Memperluaskan dasar 'carve-out' untuk projek-projek besar di bawah kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar 'carve-out' berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47
peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi)

* Membina satu komuniti baru 'entrepreneur' bumiputera

* Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/intipati-pemerkasaan-ekonomi-bumiputera-1.201990

0 Komentar untuk "5 strategi utama Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera - Najib"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI