SEJAK akhir-akhir ini drama Melayu adaptasi dari novel semakin banyak ditayangkan di kaca televisyen. Namun, pada pendapat saya semuanya ‘sampah’.
Mengapa saya berkata demikian? Kerana semuanya berkisar tentang cinta. Semua menceritakan tentang kahwin, si A dengki kepada si B kerana merampas kekasihnya dan banyak lagi yang mana tidak perlu saya ceritakan.
Tiada satu pun filem/drama Melayu adaptasi novel yang tajuk utamanya tidak berkisar tentang cinta. Di mana ‘standard’ drama adaptasi novel Melayu?
Sekali lagi terpaksa dibandingkan dengan filem-filem adaptasi novel Barat. Lihat sahaja filem ‘The Maze Runner’ yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang terperangkap di dalam permainan ‘pagar sesat’ dan perlu mencari jalan untuk keluar yang mana mereka perlu mengharungi cabaran-cabaran yang sungguh ekstrem.
Filem-filem sebeginilah yang kita mahu anak Malaysia terbitkan kerana ia dapat merangsang otak kita untuk berfikir. Bukan filem-filem atau drama-drama cinta yang melemahkan pemikiran dan menyebabkan otak tidak boleh berjalan.
Tolong jangan rosakkan pemikiran anak-anak muda sekarang. Tidak cukup bajet? Itu bukan alasan!
Sudahlah drama-drama biasa sebelum ini berkisar tentang cinta. Lakukanlah perubahan kepada filem-filem/drama-drama yang diadaptasi dari novel ini. Yang penting, jangan rosakkan anak-anak muda sekarang dengan filem-filem sampah.
Jika kita tidak mengubahnya, bila lagi filem-filem Malaysia akan mencapai taraf ‘international’?
Tolonglah lakukan filem atau drama yang lebih kreatif dan membuatkan otak kita berfikir.
Sampai bila pemikiran orang Melayu hendak maju?
Penonton Kecewa
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/drama-melayu-hanya-berkisar-soal-cinta-1.24369#sthash.o6LP7Zj0.dpuf

0 Komentar untuk "Drama Melayu hanya berkisar soal cinta?"