Wan Azizah akur, bakal kemuka usul tidak percaya Najib ke Parlimen - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wan Azizah akur, bakal kemuka usul tidak percaya Najib ke Parlimen

Selepas berlaku pertengkaran di antara DAP dan PKR berhubung siapa yang seharusnya mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pakatan Harapan hari ini memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membawanya.

Dr Wan Azizah berkata usul itu akan difailkan di bawah Seksyen 26 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Presiden PKR itu turut memaklumkan usul undi tidak percaya berkenaan akan turut disokong ahli Parlimen PAS.

"Kita akan fail usul tidak percaya di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Ikut peraturan, apabila usul tersebut difailkan maka kita perlu tunggu 14 hari notis untuk tahun ia diterima atau tidak," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

DAP hari ini tegas dengan pendiriannya mahu Dr Wan Azizah mewakili semua ahli Parlimen pembangkang dan membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri pada sidang Parlimen kali ini.

Susulan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan daripada PKR Hee Loy Sian mengemukakan notis mencadangkan usul itu sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketua pembangkang harus diberi tanggungjawab tersebut kerana usul itu satu perkara serius.

Lim berkata, kegagalan Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR berbuat demikian akan membuatkan pembangkang dianggap tidak bersungguh dalam usaha tersebut.

Bagaimanapun Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mempertahankan Hee atas alasan ahli Parlimen PKR itu mempunyai hak untuk berbuat demikian. – 19 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-akur-bakal-kemuka-usul-tidak-percaya-najib-ke-parlimen#sthash.S0nhTcgO.dpuf
0 Komentar untuk "Wan Azizah akur, bakal kemuka usul tidak percaya Najib ke Parlimen "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI