Tuntutan palsu: Naib Presiden Taiwan ke mahkamah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tuntutan palsu: Naib Presiden Taiwan ke mahkamah

TAIPEI, 19 Nov. – Naib Presiden Taiwan, Annette Lu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan membuat tuntutan bayaran balik secara haram daripada kerajaan pada perbicaraan yang dijalankan ke atasnya hari ini.

Lu, yang mendakwa dirinya mempunyai rekod kewangan yang bersih, merupakan pegawai tertinggi Taiwan yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan- tuduhan rasuah.

Graduan lepasan Universiti Harvard itu didakwa pada September lalu atas tuduhan-tuduhan menggunakan resit-resit palsu untuk menuntut balik pembayaran daripada kerajaan bagi perbelanjaannya yang berjumlah AS$170,600 (RM567,245) antara 2000 hingga 2006.

Pihak pendakwa berkata, para pembantu Lu menerima resit-resit itu daripada pihak-pihak tertentu yang tidak dikenal pasti.

Beberapa ahli politik terkemuka yang lain, termasuk calon presiden Parti Nasionalis pembangkang, M Ying-jeou, juga menghadapi tuduhan-tuduhan yang sama.

Lu memberitahu hakim Mahkamah Daerah Taipei bahawa beliau tidak tahu-menahu bagaimana para pembantunya menuntut pembayaran semula itu dan menekankan bahawa kesemua dana yang beliau terima digunakan untuk tugas-tugas rasmi.

– AP

0 Komentar untuk "Tuntutan palsu: Naib Presiden Taiwan ke mahkamah"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI